{"article":{"id":1599,"title":"PENULISAN AL-QURAN","slug":"penulisan-al-quran","word":"\/uploads\/articles\/Authorship of Quran (Complete).docx","pdf":"\/uploads\/articles\/Authorship of Quran (Complete).pdf","mime_type":null,"type":"node","path":"\/nodes\/view\/type:article\/slug:penulisan-al-quran","hint":"","body":"<p style=\"text-align: center;\"><span style=\"font-size: xx-large;\"><strong><span style=\"text-decoration: underline;\">PENULISAN AL-QURAN<\/span><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p><span style=\"font-size: xx-large;\"><strong><span style=\"text-decoration: underline;\"><img style=\"display: block; margin-left: auto; margin-right: auto;\" src=\"http:\/\/www.islamreligion.com\/articles\/images\/The_Authorship_of_the_Quran_(part_3_of_3)_001.jpg\" alt=\"\" \/><br \/><\/span><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Penterjemah : Aiman Azman &ndash; Jamilah Malek &ndash; Atiqah Suhaimi<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Penyunting &nbsp;&nbsp;: Faried Adnan<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;BAHAGIAN 1 : ADAKAH IANYA KATA-KATA MANUSIA??<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><span style=\"text-decoration: underline;\"><br \/> <\/span>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Walaupun telah dibuktikan bahawa teks al-quran masih terpelihara sehingga hari ini, tetapi bagaimana kita hendak memastikan bahawa perkataan-perkataan tersebut berasal daripada Allah dan bukannya daripada sumber lain? Hal ini membuatkan kita perlu melihat&nbsp; Al-Quran itu daripada aspek keaslian, kepakaran, atau sumber al-quran itu sendiri.<\/span><br \/> <br \/><span style=\"font-size: large;\"> &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Berkenaan dengan penulisan al-quran, umat Islam percaya bahawa ianya diturunkan perkataan demi perkataan, oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Manakala golongan yang bukan muslim pula, yang tidak menyokong pendapat ini, sepatutnya tidak sepatutnya berselisih pendapat dengan golongan muslim berkenaan fakta bahawasanya al-Quran adalah pertama kali disaksikan dan disampaikan oleh Muhammad, seorang penduduk Arab Mekah. Dan seperti yang dibuktikan di atas, &nbsp;tiada perubahan pada rekod penyampaiannya semenjak itu.<\/span><br \/> <br \/><span style=\"font-size: large;\"> &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Kaum muslim yang mendakwa akan &ldquo;bukti dalaman&rdquo; terhadap penulisan al-quran, (cth: 4:82; 6:19; 6:92; 27:6; 45:2; dll) telah dilihat oleh golongan bukan muslim sebagai satu perkara yang boleh dipertikaikan, kerana sesiapa sahaja boleh mengambil ayat-ayat daripada tulisannya dan mengakui bahawa ianya adalah wahyu daripada Allah. Disebabkan hal ini, kami terpaksa mencari alternatif lain bagi mencari &ldquo;sumber luaran&rdquo; yang lebih tepat bagi mengukuhkan bukti yang sedia ada.<strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Proses membentangkan struktur &ldquo;sumber luar&rdquo; ini dinamakan proses penyingkiran di mana kita mendapat jawapan daripada satu soalan yang dikemukakan, sebagai contoh - <em>&ldquo;Siapa penulis al-quran?&rdquo;-<\/em> dengan menyingkirkan&nbsp; kesemua&nbsp; jawapan alternatif&nbsp; kepada soalan tersebut yang diyakini tidak masuk akal. Dengan kata lain, jawapan yang tepat atau paling hampir bagi soalan tersebut dapat dikenalpasti dengan menyingkirkan sumber-sumber yang tidak dapat diterima akal. <\/span><br \/> <br \/><span style=\"font-size: large;\"> &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Terdapat pelbagai pandangan dan percanggahan oleh beberapa&nbsp; golongan bukan beragama Islam berkenaan dengan sumber quran itu. Berikut adalah senarai penulis yang &ldquo;berkemungkinan&rdquo; menjadi penulis Quran berdasarkan teori-teori mereka:<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">1) Muhammad<\/span><br \/><span style=\"font-size: large;\"> 2) Sebahagian penyair Arab, para ilmuan dan sebagainya<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">3) Sebahagian ilmuan bukan Arab, penyair atau tokoh-tokoh agama yang terkenal<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">4) Sami atau Paderi (Injil\/Sumber Judeo-Kristian)<\/span><br \/><span style=\"font-size: large;\"> 5) Syaitan (Ruh-ruh\/Makhluk asing)<\/span><br \/><span style=\"font-size: large;\"> 6) Tuhan<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Sekarang kita akan menyelidik dengan lebih mendalam lagi tentang Quran dan bagaimana sejarah telah membenarkan segala teori-teori ini.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><br \/> <\/strong><strong><em><span style=\"text-decoration: underline;\">Nabi Muhammad SAW : Seorang Yang Ummi (Buta Huruf) Dan Tidak Pula Berguru Dengan Sesiapa.<\/span><\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Hakikat bahawa Nabi Muhammad SAW tidak boleh membaca dan juga menulis (Quran 29:48) telah pun diketahui dan tidak dapat dinafikan bukan sahaja oleh umat Islam bahkan oleh kaum musyrikin sezaman dengan Baginda SAW dan juga para sejarawan hari ini. Baginda SAW tidak memasuki mana-mana jenis pengajian dan baginda juga tidak berguru dengan sesiapa sepanjang hayat baginda. Baginda SAW juga tidak terkenal dalam mengarang atau mengalunkan bait-bait puisi yang indah.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Al-Quran menjelaskan hukum-hakam yang merangkumi segala aspek kehidupan serta bebas dari segala percanggahan, dan kehebatan Al-Quran ini telah diketahui oleh para ilmuwan yang bukan beragama Islam. Kandungan Al-Quran ini meliputi bidang sosial, ekonomi, politik, hukum-hakam agama, sejarah, pandangan terhadap alam semesta, pemikiran, jual beli antara manusia, peperangan, keamanan, perkahwinan, ibadah, urus niaga dan segala yang berkaitan dengan kehidupan -&nbsp; tanpa prinsip yang bercanggah. Al-Quran tidak pernah digubah dari bentuk asal dan tidak perlu disemak semula fakta yang terdapat di dalamnya, kerana AlQuran tidak memerlukan sebarang pembetulan.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Bagaimanakah subjek-subjek yang terlalu luas dapat dirungkaikan dengan begitu terperinci oleh seorang lelaki Arab pada abad ke-7 tanpa mengikuti sebarang pendidikan yang formal dan tidak berkemampuan pula untuk membaca serta bahan rujukan topik berkenaan amat sedikit dan terhad pada zaman tersebut ? Dimanakah dan bilakah pernah sejarah melahirkan seorang yang buta huruf tetapi mampu mengarang kitab yang sebegini hebat ?<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em><span style=\"text-decoration: underline;\">Integriti Nabi Muhammad s.a.w.yang Diperakui<\/span><\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Keikhlasan Muhammad, kejujuran, dan ketulusan baginda sangat terkenal sehinggakan baginda digelar &ldquo;Al-Ameen&rdquo; (Yang benar) oleh kaumnya sebelum kedatangan Islam. Tidak ada satu pun penipuan yang dilakukan oleh baginda bahkan kebanyakan orientalis barat, turut mengakui sendiri yang mana-mana penipuan yang disengajakan adalah bertentangan, kerana diyakini bahawa Nabi Muhammad mempunyai pegangan serta jati diri yang cukup kukuh sehinggakan ianya diperlihat&nbsp; oleh Allah S.W.T sendiri, dan tidak syak lagi hal ini tidak boleh disangkal sama sekali.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><br \/><span style=\"font-size: large;\"> &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sekiranya integriti baginda dipertikaikan, baginda dengan sendirinya akan terdorong&nbsp; untuk mencipta al-quran, justeru mengapa Nabi Muhammad sendiri menolak bahawa bahawa baginda lah yang mengarang Al-Quran tetapi sebaliknya mendakwa bahawa ianya daripada Allah, lebih-lebih&nbsp; lagi apabila musyrikin Mekah mengakui bahawa tiada seseorang pun yang boleh menulis sedemikian (2:23-24,17:88).<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Pihak musuh juga telah menawarkan kepada baginda kedudukan, pangkat dan harta kekayaan dengan syarat Nabi Muhammad harus berhenti menyampaikan ayat-ayat al-quran ini. Jikalau benar Nabi Muhamad menginginkan kuasa dan mementingkan dirinya sendiri, mengapa beliau menolak tawaran tersebut tetapi sebaliknya memilih untuk hidup merendah diri, yang sentiasa dianiaya dan disekat kebebasannya, bahkan baginda turut pernah diserang dan dicederakan oleh mereka-mereka yang tergugat dan terancam dengan risalah yang disampaikan oleh baginda.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Tambahan pula, adakah munasabah bahawa Muhammad, seorang yang buta huruf, dapat mengarang al-quran demi kepentingan peribadi dan kemudiannya, Al-Quran itu pula dapat memperbetul dan menegur dirinya sendiri (Muhammad s.a.w)?<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Sebagai contoh:<\/span><br \/><span style=\"font-size: large;\"> <strong><em>Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta telah datang kepadanya. (Quran 80:1, 2)<br \/> <br \/> <\/em><\/strong>dan juga<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&hellip;dan engkau pula takut kepada (cacian manusia) padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). (Quran 33:37)<br \/> <\/em><\/strong><\/span><br \/><span style=\"font-size: large;\"> &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Ada beberapa ayat lain yang boleh dirujuk, seperti surah 18, 23-24 dan lain-lain. Mengapa baginda hendak memalukan diri baginda sendiri walhal baginda boleh mengasingkan atau mengubah ayat-ayat al-Quran itu?&nbsp; Ayat-ayat tersebut tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada baginda, seandainya benar kuasa dan martabat yang dikejar baginda. Kewujudan ayat tersebut hanya membuktikan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah yang ikhlas dan jujur.&nbsp; <\/span><br \/> <br \/><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>BAHAGIAN 2 - TULISAN SEORANG PENYAIR ATAU SEORANG GURU ?<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em><span style=\"text-decoration: underline;\">Gaya penulisan AlQuran<\/span><\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Terdapat terlalu banyak perbezaan antara gaya bahasa Al-Quran dan juga gaya bahasa yang digunakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW seperti yang direkodkan dalam hadis. Perbezaan antara kedua-duanya dalam pelbagai aspek - gaya dan juga kandungan &ndash; adalah antara bukti yang cukup kukuh. Kata-kata dari Nabi Muhammad SAW (hadis) lebih bersifat perbualan atau perbicaraan antara dua pihak, pertuturan dan penerangan untuk menjelaskan sesuatu, gaya bahasa yang digunakan nabi Muhammad lebih biasa didengari oleh masyarakat arab jahiliyah. Sedangkan gaya bahasa yang digunakan di dalam AlQuran pula bersifat autoritatif.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&ldquo;Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan langit dan bumi &hellip;.&rdquo; (AlQuran 15:85, 44:38, 46:3, 50:38)<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">juga,<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&ldquo;katakanlah!...&rdquo; <\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Juga,<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><em>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; <strong>&ldquo;&hellip;Sekiranya (AlQuran) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya.&rdquo; (AlQuran 4:82)<\/strong><\/em><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>&nbsp;<\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Juga,<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &ldquo;&hellip;Katakanlah: &ldquo;(kalau benar yang kamu katakan itu), maka cubalah datangkan sebuah surah yang seumpamanya dan panggillah sesiapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah,&hellip;&rdquo; (AlQuran 10:38)<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Juga,<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; <em>&ldquo;&hellip;buatlah satu surah (sahaja) yang seumpama AlQuran itu&hellip;maka jika kamu tidak dapat membuatnya &ndash; dan pasti kamu tidak dapat membuatnya&hellip;&rdquo; (AlQuran 2:23-24)<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>&nbsp;<\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Manusia yang sememangnya selalu berbuat silap yang manakah sanggup menulis sebuah buku dan mencabar umat manusia untuk mencari kesalahan atau percanggahan di dalamnya, seperti yang dilakukan oleh Pencipta Al-Quran (AlQuran 4:82)? Adakah selepas peperiksaan seorang pelajar yang waras akan menulis nota tambahan untuk gurunya &ldquo;baca jawapan saya dengan teliti dan carilah kesalahan atau percanggahan di dalamnya kalau awak boleh !...&rdquo;? Ternyata gaya bahasa yang digunakan dalam Al-Quran menunjukkan bahawa Allah itu benar-benar Pencipta yang Maha Mengetahui.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Tambahan pula, Al-Quran merupakan karya sastera bahasa arab yang tiada tandingan terutamanya dalam ketelitian setiap ayatnya. Gaya irama Al-Quran, rimanya, ungkapan yang penuh penghayatan, kehebatannya dan &lsquo;simfoni yang tiada tandingan, dan apabila didengarkan mampu menyebabkan seseorang mengalirkan air mata dan merasakan kebahagian&rsquo;, dapat menggegarkan sebuah masyarakat jahiliyyah yang melabelkan mereka mempunyai skill bahasa yang hebat pada waktu itu. Pertandingan mengalunkan puisi yang terpanjang dan paling fasih menghafaznya akan diadakan setiap tahun di mekah. Namun setelah Al-Quran diturunkan, kesemua pertandingan pada zaman jahiliyyah ini diberhentikan, kerana tiada lagi persaingan berlaku.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Seperti mukjizat tongkat nabi Musa yang bertukar menjadi seekor ular dan mengalahkan keupayaan dan kehebatan kesemua ahli sihir Firaun sewaktu Mesir terkenal dengan kehandalan mereka dalam ilmu kesihiran, begitu juga dengan mukjizat Nabi Isa yang mampu menyembuh penyakit buta dan menghidupkan semula orang yang sudah meninggal dunia secara tidak langsung mengalahkan kehandalan doktor-doktor yang terdapat pada zaman orang Yahudi memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam bidang kedoktoran, maka AlQuran juga mempunyai kelebihan tersendiri dan menjadi mukjizat agung Nabi Muhamad SAW. Bagaimanakah ungkapan yang mengagumkan dan tiada tolok tandingannya mampu dihasilkan oleh seorang lelaki, yang mana selama 40 tahun, tidak pernah dikenali mempunyai kelebihan dan bakat tersebut ?<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em><span style=\"text-decoration: underline;\">Persamaan dan percanggahan antara Kitab AlQuran dan juga Kitab Injil <\/span><\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline; font-size: large;\">&nbsp;<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Wujudnya persamaan antara kedua-dua kitab ini tidak cukup untuk membuktikan salah satu daripada kitab ini telah diduplikasi daripada kitab sebelumnya. Keduanya mungkin berasal dari sumber rujukan yang sama, lalu menyebabkan timbulnya persamaan antara dua kitab ini. Dan ini sebenarnya telah termaktub di dalam kitab suci AlQuran bahawa Tuhan merupakan sumber kepada semua wahyu yang sahih. (AlQuran 4:47)<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Beberapa ulama telah menyatakan bahawa terdapat beberapa penganut Nasrani yang dibawa kehadapan Nabi Muhammad SAW dan diperkenalkan secara peribadi sebelum misi dakwah Rasulullah bermula namun mereka tidak meluangkan masa yang lama bersama Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengajar Nabi Muhammad isi kandung kitab mereka, dan tidak ada mana-mana rekod sejarah mengatakan sesiapa dari kalangan Nasrani mahupun Yahudi yang telah mengajar Nabi Muhammad SAW. Tambahan pula, arab jahiliyyah pada zaman Nabi Muhammad SAW berkobar-kobar mencari kesalahan lantas mencemarkan nama baik Rasulullah SAW. Jika Nabi Muhammad mempunyai seorang guru secara rahsia dari kalangan pendeta Nasrani ataupun Yahudi, sudah tentu masyarakat arab ingin mendedahkan perbuatan Nabi dan mencemarkan nama Baginda.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Tambahan pula, bolehkah AlQuran diadaptasi daripada kitab Injil sedangkan Al-Quran dan kitab Injil mempamerkan percanggahan syahadat, elemen utama dalam agama? Berkenaan konsep ketuhanan dan kenabian, dosa dan keampunan, ajaran dari sudut pandang AlQuran amat berbeza dari sudut pandang kitab Injil. Malahan AlQuran mengatakan terus kepada Nasrani ataupun Yahudi apabila membetulkan kesalahan yang mereka katakan dalam Kitab mereka. Menariknya, wahyu yang diturunkan mengenai permasalahan ajaran Islam dan Nasrani diturunkan kebanyakkan di Mekah, sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, sedangkan di Madinahlah Baginda akan berhadapan dengan lebih banyak pendeta dari kalangan Nasrani dan juga Yahudi.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Malah riwayat yang terdapat dalam kedua-dua kitab juga menunjukkan percanggahan dan perbezaan yang ketara. Sebagai contoh, yang menunjukkan AlQuran, tidak seperti Kitab Injil:<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">-&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Tidak menyalahkan wanita untuk kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Adam dan juga Hawa ('Alaihissalam) ketika tidak mematuhi perintah Allah sewaktu berada di dalam Syurga. (bandingkan Genesis 3: 12-17 dengan Al-Quran 91:7-8 dan 2:35-37)<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">-&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Menekankan bahawa Nabi Adam dan juga Hawa telah bertaubat kepada Tuhan (Al-Quran 7:23) dan telahpun diampuni oleh Allah SWT (Al-Quran 2:37)<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">-&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Menyatakan bahawa tempat kediaman akhir Nabi Adam dan juga Hawa dibumi telahpun Allah rancang sebelum mereka diciptakan (Al-Quran 2:30), dan bukanlah untuk menghukumi mereka (Genesis 3:17-19)<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Terdapat juga riwayat lain yang penting boleh kita lihat dalam kisah Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan nabi Ishaq, Nabi lut, Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Isa ('Alaihissalam)<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Al-Quran juga menceritakan sejarah-sejarah penting yang tiada dalam kitab Injil. Berdasarkan kisah di bawah, dari bahagian mana dalam kitab Injil ini telah Al-Quran curi ?<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<ul style=\"text-align: justify;\">\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Kisah kaum &lsquo;Ad dan Thamud, bersama utusan Allah kepada mereka, Nabi Hud dan Nabi Salleh.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<ul style=\"text-align: justify;\">\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Perbualan antara Nabi Nuh dan juga anaknya sebelum berlakunya banjir (AlQuran 11:42-43)<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<ul style=\"text-align: justify;\">\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Perbualan antara Nabi Ibrahim dan juga bapanya (AlQuran 6:74) begitu juga dengan perbualan Nabi Ibrahim bersama seorang Raja (AlQuran 2:258) dan perbualan antara Nabi Ibrahim dan kaumnya (AlQuran -----------29:16-18; 37:83-98; 21:57)<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<ul style=\"text-align: justify;\">\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Penyataan tentang kota Iram (AlQuran 89:7)<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<ul style=\"text-align: justify;\">\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Firaun Exodus ditenggelamkan dalam laut, dan badannya dipelihara sebagai bukti dan tanda bagi umat yang akan datang (AlQuran 10:90-92)<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<ul style=\"text-align: justify;\">\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Mukjizat Nabi Isa yang sudah boleh berkata-kata sewaktu bayi lagi (AlQuran 3:46) dan dia menghidupkan burung (dengan izin Allah SWT)&nbsp; dari tanah liat. (AlQuran 3:49), dan sebagainya.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Untuk contoh yang seterusnya, boleh rujuk contoh dari AlQuran: 21:69, 2:260, dan juga 3:37)<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&nbsp;[8] Salah satu percanggahan yang penting, AlQuran menegaskan bahawa Nabi Isa A.S tidak pernah disalib.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><em>&nbsp;<\/em><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>BAHAGIAN 3 : ADAKAH IA PERKATAAN SYAITAN ATAU TUHAN? <\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em><span style=\"text-decoration: underline;\">Keterangan Al-Quran Berkaitan Syaitan Dan Akhlak<\/span><\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Sesetengah pihak mengatakan bahawa Al-Quran adalah hasil kerja daripada syaitan.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Mari kita kaji sejauh mana kebenaran (atau tidak benar?) tentang kenyataan ini.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Jika syaitan itu dikatakan mengarang atau mencipta Al-Quran, jadi mengapa dia mengeji dan menggelarkan dirinya sendiri sebagai musuh ketat manusia.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&ldquo;Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.&rdquo; <\/em><\/strong><strong><em>(Quran 35:6)<\/em><\/strong><strong><em>&nbsp;<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Mengapa syaitan menyuruh manusia, sebelum membaca Al-Quran&nbsp; untuk berdoa:<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&ldquo;.....Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang terkutuk.&rdquo;(Quran 16:98)<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Bagaimana syaitan boleh sebegitu tegas untuk mengutuk dirinya sendiri? Adakah ianya dapat diterima oleh akal waras untuk mengatakan bahawa syaitan menyuruh manusia berbuat baik, berakhlak mulia dan terpuji, menyembah Allah dan tidak menyekutukannya, tidak mengikuti syaitan atau hasutannya dan&nbsp; bersungguh-sungguh mengelak dan mencegah&nbsp; kejahatan?<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Berdasarkan pandangan sebegitu, secara jelas hal ini telah melemahkan dirinya sendiri seandainya dia yang mengarang Al-Quran itu. Bahkan Bible juga menyatakan:<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em>&ldquo;Dan jika syaitan telah bangkit menentang dirinya sendiri dan kemudian dia berpecah, dia tidak boleh bertahan, dan akhirnya akan menemui pengakhiran&rdquo; (Mark 3;26)<\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Hujah ini diaplikasikan kepada mana-mana &ldquo;gerakan kejahatan&rdquo;, ataupun &ldquo;semangat jahat&rdquo;, &ldquo;makhluk asing&rdquo; dan sebagainya.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em><span style=\"text-decoration: underline;\">Kandungan Fakta Al-Quran Dan Maklumat Saintifik Mengenainya.<\/span><\/em><\/strong><em>&nbsp;<\/em><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Dalam Al-Quran telah tercatat fakta mengenai masa silam yang tidak diketahui ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W dan juga kepada ahli sejarawan pada awal kurun ke-20 masihi. Disebabkan sesetengah ayat dalam Al-Quran, manusia juga telah menjumpai rujukan terhadap penemuan saintifik, yang mana sebahagiannya baru sahaja ditemui atau disahkan, antaranya berkenaan dengan alam semesta, biologi, embriologi, astronomi, fizik, geografi, metereologi, perubatan, sejarah, oseanografi dan sebagainya. Dibawah adalah sebahagian contoh penemuan saintifik moden yang disebut dalam Al-Quran.<\/span><\/p>\r\n<ul style=\"text-align: justify;\">\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Bandar kaum Thamud yang hilang (Al-Fajr 89:7)<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Lebah pekerja adalah betina (An-Nahl 16:68)<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Gunung-ganang sebagai&nbsp; pasak dan tiang (An-Naba&rsquo; 78:6-7)<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Bumi berbentuk sfera (Al-A&rsquo;raf 7:54;Yasin 36:37;Luqman 31:29)<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Alam semesta yang luas terbentang (Az-Zariyat 51:47)<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Teori Big Bang (Al-Anbiya&rsquo; 21:30)<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Pada satu ketika, keseluruhan alam ini hanya terdiri daripada satu gumpalan&nbsp; &lsquo;asap&rsquo;.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">(Fussilat 41:11)<\/span><\/p>\r\n<ul style=\"text-align: justify;\">\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Penjelasan Al-Quran mengenai perkembangan embrio manusia. <\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">(Al-Mu&rsquo;minun 23:12-14)<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Berapa ramai saintis dan genius zaman moden yang terlatih dengan bantuan peralatan yang berteknologi tinggi, satelit, teleskope, mikroskope dan komputer diperlukan untuk menemui fakta saintifik sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran dan berapa lama masa yang diambil?<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Walaupun ketidakupayaan manusia untuk mengetahui keseluruhan rahsia dan keunikan ciptaan ini ada disebut dalam Al-Quran (Al-Mulk 67:3-4), namun pelbagai pendedahan yang merujuk kepada pelbagai fenomena semulajadi seolah-olah menggesa manusia untuk mencari dan mengenalpasti kebenaran tentang apa yang telah diperkatakan &ndash; sikap ini hanya menunjukkan bahawa penulis Al-Quran ini sedang memberi cabaran kepada golongan yang tidak<span style=\"text-decoration: line-through;\"> <\/span>beriman. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa satu ataupun dua penemuan saintifik dalam Al-Quran itu hanyalah satu tekaan atau kebetulan, bagaimana pula jika kesemuanya benar dan dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik?<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Kenyataan&nbsp; Al-Quran yang menyebut tentang alam fizikal apabila dibandingkan dengan pengertian saintifik menunjukkan persamaaan yang mendalam, tetapi&nbsp; apa yang lebih penting, seperti apa yang diperhatikan oleh Dr. Maurice Bucaille, Al-Quran berbeza daripada semua hasil kerja zaman silam yang mengambarkan atau mencuba untuk menerangkan bagaimana alam ini berfungsi. Dalam Al-Quran banyak perkara telah mempunyai kedudukan dalam ilmu pengetahuan moden tanpa ada satu pun percanggahan kenyataan dengan apa yang ditemui oleh sains pada hari ini.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Dr. Bucaille membuat kesimpulan kajiannya dengan kata-kata berikut:<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">&ldquo;Berdasarkan tahap ilmu pengetahuan pada zaman Nabi Muhammad, tidak dapat dibayangkan sebegitu banyak kenyataan dalam Al-Quran yang berhubungkait dengan sains adalah hasil kerja manusia itu sendiri. Tambahan lagi, Al-Quran sangat berhak, bukan hanya sekadar sebagai lambang pendedahan, tetapi dengan&nbsp; menganugerahkannya satu taraf yang sangat istimewa, oleh sebab jaminan kebenaran yang diberikan dan juga kewujudan kenyataan saintifik dalam Al-Quran, yang mana apabila dikaji pada hari ini ianya menjadi satu cabaran kepada manusia untuk menerangkannya.&rdquo;<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong><em><span style=\"text-decoration: underline;\">Kesimpulan<\/span><\/em><\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Dalam mengkaji kemungkinan sumber-sumber Al-Quran itu, kita telah merangkumi beberapa poin berikut:<\/span><\/p>\r\n<ul style=\"text-align: justify;\">\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Nabi Muhammad yang buta huruf.<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Kejujuran Nabi Muhammad<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Gaya bahasa Al-Quran.<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Perbezaan antara Al-Quran dan Bible.<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Ajaran Al-Quran tentang syaitan dan akhlak, dan<\/span><\/li>\r\n<li><span style=\"font-size: large;\">Kandungan fakta dan maklumat saintifik dalam Al-Quran <\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Poin-poin ini membantu kita dalam &ldquo;proses penyingkiran&rdquo; sumber-sumber yang tidak dapat diterima sebagai pengarang Al-Quran, seperti berikut:<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>Muhammad: <\/strong>Kita boleh mula dengan menyingkirkan Muhammad daripada senarai kemungkinan pengarang Al-Quran berdasarkan poin 1,2,3,5, dan 6 seperti yang tertera di atas.<strong>&nbsp;<\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>Penyair Arab, Ilmuan dan lain-lain: <\/strong>Kita juga boleh menyingkirkan mana-mana Arab yang lain daripada senarai berdasarkan poin 2,3 dan 6 (sekurang-kurangnya).<strong>&nbsp;<\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>Sebahagian bukan-Arab: <\/strong>Sebab yang menyingkirkan mana-mana Arab daripada senarai turut menyingkirkan mana-mana ilmuan bukan Arab,penyair atau individu keagamaan.<strong>&nbsp;<\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>Paderi Kristian atau Rabbi Yahudi: <\/strong>Sumber alternatif ini tidak dapat diterima berdasarkan poin 1,2,3,4 dan 6.<strong>&nbsp;<\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>Syaitan (atau roh atau makhluk asing atau sesiapa yang menyebelahinya dan lain-lain): <\/strong>Pilihan ini juga tidak dapat diterima berdasarkan poin-poin yang telah dibincang terutamanya poin nombor 5. <strong>&nbsp;<\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>Allah: <\/strong>Dengan ketiadaan alternatif lain yang boleh diterima sebagai sumber dan pengarang Al-Quran, seseorang itu seharusnya, dengan rela atau tidak menerima Al-Quran seperti apa yang telah didakwa-pendedahan daripada Allah melalui Rasulnya, Muhammad S.A.W. Taraf ini seakan-akan boleh diterima bukan hanya kerana ia adalah satu-satunya pilihan yang tidak boleh disingkirkan, akan tetapi kerana ia dapat diterima oleh akal bagi menganggap sebuah buku itu dengan dengan kualiti dan kandungan yang sebegitu rupa yang berasal daripada pencipta dan pembimbing manusia. Daripada kebanyakan<span style=\"text-decoration: line-through;\">-<\/span> kemungkinan sumber Al-Quran, ini adalah alternatif terakhir-Allah-yang mana menyatakan dalam Al-Quran sendiri bahawa Dialah pengarang ayat-ayat suci&nbsp; itu, dan Al-Quran sebenarnya adalah perkataan yang disebutkan oleh Tuhan.<strong>&nbsp;<\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Oleh sebab itu, kedudukan ini yang mengatakan bahawa Allah adalah pengarang dan sumber Al-Quran masih lagi bertahan, dan cabaran (atau ujian kepalsuan, Q4:82) masih lagi terbuka kepada sesiapa sahaja yang tidak menyetujui kenyataan Al-Quran yang merupakan pendedahan daripada Allah. Kami sendiri telah menjalankan tugas ini, jadi berkenaan dengan pandangan orang Islam yang menyatakan bahawasanya Al-Quran adalah kalam Allah, bukanlah hasil daripada keyakinan secara membabi buta, tetapi sebenarnya ia adalah hasil daripada kesimpulan yang baik dan munasabah berdasarkan semua bukti-bukti yang ada. Tambahan pula selepas meneliti bukti-bukti tersebut, mengatakan yang sebaliknya pula adalah keyakinan yang membabi buta.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\">Perhatikan bagaimana bukti bagi asal-usul pengarang kalimah syahadah juga merupakan bukti kepada kewujudan Yang Esa itu sendiri. Allah pasti wujud, melainkan ada pengarang lain yang dapat diterima akal waras dan mampu untuk mengarang Al-Quran!.<\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: large;\"><strong>&nbsp;<\/strong><\/span><\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>\r\n<p style=\"text-align: justify;\">&nbsp;<\/p>","excerpt":"","terms":null,"visibility_roles":"","comment_status":1,"comment_count":0,"read_counter":32028,"lft":206,"rght":207,"promote":1,"sticky":0,"status":1,"publish_start":null,"publish_end":null,"created_at":"2014-08-27T23:26:00.000000Z","updated_at":"2026-05-06T19:54:19.000000Z","language_id":43,"user_id":7,"author_id":8,"publisher_id":0,"category_id":15,"parent_id":136,"books":[],"fatawas":[],"videos":[],"audios":[],"author_name":"www.islamland.com","category_name":"About Qur'an & Hadith","category_slug":"About-Quran-and-Hadith","get_date":"2014-08-27","pdf_asset":"http:\/\/www.islamland.com\/uploads\/articles\/Authorship of Quran (Complete).pdf","word_asset":"http:\/\/www.islamland.com\/uploads\/articles\/Authorship of Quran (Complete).docx"},"translations":[],"article_books":[],"article_fatawas":[],"article_videos":[],"article_audios":[],"url":"http:\/\/www.islamland.com\/mal\/api\/articles\/penulisan-al-quran"}