PENULISAN AL-QURAN

PENULISAN AL-QURAN

 


Penterjemah : Aiman Azman – Jamilah Malek – Atiqah Suhaimi

Penyunting   : Faried Adnan

 

 BAHAGIAN 1 : ADAKAH IANYA KATA-KATA MANUSIA??


            Walaupun telah dibuktikan bahawa teks al-quran masih terpelihara sehingga hari ini, tetapi bagaimana kita hendak memastikan bahawa perkataan-perkataan tersebut berasal daripada Allah dan bukannya daripada sumber lain? Hal ini membuatkan kita perlu melihat  Al-Quran itu daripada aspek keaslian, kepakaran, atau sumber al-quran itu sendiri.


            Berkenaan dengan penulisan al-quran, umat Islam percaya bahawa ianya diturunkan perkataan demi perkataan, oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Manakala golongan yang bukan muslim pula, yang tidak menyokong pendapat ini, sepatutnya tidak sepatutnya berselisih pendapat dengan golongan muslim berkenaan fakta bahawasanya al-Quran adalah pertama kali disaksikan dan disampaikan oleh Muhammad, seorang penduduk Arab Mekah. Dan seperti yang dibuktikan di atas,  tiada perubahan pada rekod penyampaiannya semenjak itu.

            Kaum muslim yang mendakwa akan “bukti dalaman” terhadap penulisan al-quran, (cth: 4:82; 6:19; 6:92; 27:6; 45:2; dll) telah dilihat oleh golongan bukan muslim sebagai satu perkara yang boleh dipertikaikan, kerana sesiapa sahaja boleh mengambil ayat-ayat daripada tulisannya dan mengakui bahawa ianya adalah wahyu daripada Allah. Disebabkan hal ini, kami terpaksa mencari alternatif lain bagi mencari “sumber luaran” yang lebih tepat bagi mengukuhkan bukti yang sedia ada. 

Proses membentangkan struktur “sumber luar” ini dinamakan proses penyingkiran di mana kita mendapat jawapan daripada satu soalan yang dikemukakan, sebagai contoh - “Siapa penulis al-quran?”- dengan menyingkirkan  kesemua  jawapan alternatif  kepada soalan tersebut yang diyakini tidak masuk akal. Dengan kata lain, jawapan yang tepat atau paling hampir bagi soalan tersebut dapat dikenalpasti dengan menyingkirkan sumber-sumber yang tidak dapat diterima akal.

            Terdapat pelbagai pandangan dan percanggahan oleh beberapa  golongan bukan beragama Islam berkenaan dengan sumber quran itu. Berikut adalah senarai penulis yang “berkemungkinan” menjadi penulis Quran berdasarkan teori-teori mereka:

1) Muhammad
2) Sebahagian penyair Arab, para ilmuan dan sebagainya

3) Sebahagian ilmuan bukan Arab, penyair atau tokoh-tokoh agama yang terkenal

4) Sami atau Paderi (Injil/Sumber Judeo-Kristian)
5) Syaitan (Ruh-ruh/Makhluk asing)
6) Tuhan

Sekarang kita akan menyelidik dengan lebih mendalam lagi tentang Quran dan bagaimana sejarah telah membenarkan segala teori-teori ini.


Nabi Muhammad SAW : Seorang Yang Ummi (Buta Huruf) Dan Tidak Pula Berguru Dengan Sesiapa.

Hakikat bahawa Nabi Muhammad SAW tidak boleh membaca dan juga menulis (Quran 29:48) telah pun diketahui dan tidak dapat dinafikan bukan sahaja oleh umat Islam bahkan oleh kaum musyrikin sezaman dengan Baginda SAW dan juga para sejarawan hari ini. Baginda SAW tidak memasuki mana-mana jenis pengajian dan baginda juga tidak berguru dengan sesiapa sepanjang hayat baginda. Baginda SAW juga tidak terkenal dalam mengarang atau mengalunkan bait-bait puisi yang indah.

Al-Quran menjelaskan hukum-hakam yang merangkumi segala aspek kehidupan serta bebas dari segala percanggahan, dan kehebatan Al-Quran ini telah diketahui oleh para ilmuwan yang bukan beragama Islam. Kandungan Al-Quran ini meliputi bidang sosial, ekonomi, politik, hukum-hakam agama, sejarah, pandangan terhadap alam semesta, pemikiran, jual beli antara manusia, peperangan, keamanan, perkahwinan, ibadah, urus niaga dan segala yang berkaitan dengan kehidupan -  tanpa prinsip yang bercanggah. Al-Quran tidak pernah digubah dari bentuk asal dan tidak perlu disemak semula fakta yang terdapat di dalamnya, kerana AlQuran tidak memerlukan sebarang pembetulan.

Bagaimanakah subjek-subjek yang terlalu luas dapat dirungkaikan dengan begitu terperinci oleh seorang lelaki Arab pada abad ke-7 tanpa mengikuti sebarang pendidikan yang formal dan tidak berkemampuan pula untuk membaca serta bahan rujukan topik berkenaan amat sedikit dan terhad pada zaman tersebut ? Dimanakah dan bilakah pernah sejarah melahirkan seorang yang buta huruf tetapi mampu mengarang kitab yang sebegini hebat ?

Integriti Nabi Muhammad s.a.w.yang Diperakui

Keikhlasan Muhammad, kejujuran, dan ketulusan baginda sangat terkenal sehinggakan baginda digelar “Al-Ameen” (Yang benar) oleh kaumnya sebelum kedatangan Islam. Tidak ada satu pun penipuan yang dilakukan oleh baginda bahkan kebanyakan orientalis barat, turut mengakui sendiri yang mana-mana penipuan yang disengajakan adalah bertentangan, kerana diyakini bahawa Nabi Muhammad mempunyai pegangan serta jati diri yang cukup kukuh sehinggakan ianya diperlihat  oleh Allah S.W.T sendiri, dan tidak syak lagi hal ini tidak boleh disangkal sama sekali.


            Sekiranya integriti baginda dipertikaikan, baginda dengan sendirinya akan terdorong  untuk mencipta al-quran, justeru mengapa Nabi Muhammad sendiri menolak bahawa bahawa baginda lah yang mengarang Al-Quran tetapi sebaliknya mendakwa bahawa ianya daripada Allah, lebih-lebih  lagi apabila musyrikin Mekah mengakui bahawa tiada seseorang pun yang boleh menulis sedemikian (2:23-24,17:88).

Pihak musuh juga telah menawarkan kepada baginda kedudukan, pangkat dan harta kekayaan dengan syarat Nabi Muhammad harus berhenti menyampaikan ayat-ayat al-quran ini. Jikalau benar Nabi Muhamad menginginkan kuasa dan mementingkan dirinya sendiri, mengapa beliau menolak tawaran tersebut tetapi sebaliknya memilih untuk hidup merendah diri, yang sentiasa dianiaya dan disekat kebebasannya, bahkan baginda turut pernah diserang dan dicederakan oleh mereka-mereka yang tergugat dan terancam dengan risalah yang disampaikan oleh baginda.

Tambahan pula, adakah munasabah bahawa Muhammad, seorang yang buta huruf, dapat mengarang al-quran demi kepentingan peribadi dan kemudiannya, Al-Quran itu pula dapat memperbetul dan menegur dirinya sendiri (Muhammad s.a.w)?

 

Sebagai contoh:
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta telah datang kepadanya. (Quran 80:1, 2)

dan juga

…dan engkau pula takut kepada (cacian manusia) padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). (Quran 33:37)

            Ada beberapa ayat lain yang boleh dirujuk, seperti surah 18, 23-24 dan lain-lain. Mengapa baginda hendak memalukan diri baginda sendiri walhal baginda boleh mengasingkan atau mengubah ayat-ayat al-Quran itu?  Ayat-ayat tersebut tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada baginda, seandainya benar kuasa dan martabat yang dikejar baginda. Kewujudan ayat tersebut hanya membuktikan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah yang ikhlas dan jujur. 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN 2 - TULISAN SEORANG PENYAIR ATAU SEORANG GURU ?

Gaya penulisan AlQuran

 

Terdapat terlalu banyak perbezaan antara gaya bahasa Al-Quran dan juga gaya bahasa yang digunakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW seperti yang direkodkan dalam hadis. Perbezaan antara kedua-duanya dalam pelbagai aspek - gaya dan juga kandungan – adalah antara bukti yang cukup kukuh. Kata-kata dari Nabi Muhammad SAW (hadis) lebih bersifat perbualan atau perbicaraan antara dua pihak, pertuturan dan penerangan untuk menjelaskan sesuatu, gaya bahasa yang digunakan nabi Muhammad lebih biasa didengari oleh masyarakat arab jahiliyah. Sedangkan gaya bahasa yang digunakan di dalam AlQuran pula bersifat autoritatif.

 

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan langit dan bumi ….” (AlQuran 15:85, 44:38, 46:3, 50:38)

 

juga,

 

“katakanlah!...”

 

Juga,

 

      “…Sekiranya (AlQuran) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya.” (AlQuran 4:82)

 

Juga,

 

       “…Katakanlah: “(kalau benar yang kamu katakan itu), maka cubalah datangkan sebuah surah yang seumpamanya dan panggillah sesiapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah,…” (AlQuran 10:38)

 

Juga,

 

       “…buatlah satu surah (sahaja) yang seumpama AlQuran itu…maka jika kamu tidak dapat membuatnya – dan pasti kamu tidak dapat membuatnya…” (AlQuran 2:23-24)

 

Manusia yang sememangnya selalu berbuat silap yang manakah sanggup menulis sebuah buku dan mencabar umat manusia untuk mencari kesalahan atau percanggahan di dalamnya, seperti yang dilakukan oleh Pencipta Al-Quran (AlQuran 4:82)? Adakah selepas peperiksaan seorang pelajar yang waras akan menulis nota tambahan untuk gurunya “baca jawapan saya dengan teliti dan carilah kesalahan atau percanggahan di dalamnya kalau awak boleh !...”? Ternyata gaya bahasa yang digunakan dalam Al-Quran menunjukkan bahawa Allah itu benar-benar Pencipta yang Maha Mengetahui.

 

Tambahan pula, Al-Quran merupakan karya sastera bahasa arab yang tiada tandingan terutamanya dalam ketelitian setiap ayatnya. Gaya irama Al-Quran, rimanya, ungkapan yang penuh penghayatan, kehebatannya dan ‘simfoni yang tiada tandingan, dan apabila didengarkan mampu menyebabkan seseorang mengalirkan air mata dan merasakan kebahagian’, dapat menggegarkan sebuah masyarakat jahiliyyah yang melabelkan mereka mempunyai skill bahasa yang hebat pada waktu itu. Pertandingan mengalunkan puisi yang terpanjang dan paling fasih menghafaznya akan diadakan setiap tahun di mekah. Namun setelah Al-Quran diturunkan, kesemua pertandingan pada zaman jahiliyyah ini diberhentikan, kerana tiada lagi persaingan berlaku.

 

            Seperti mukjizat tongkat nabi Musa yang bertukar menjadi seekor ular dan mengalahkan keupayaan dan kehebatan kesemua ahli sihir Firaun sewaktu Mesir terkenal dengan kehandalan mereka dalam ilmu kesihiran, begitu juga dengan mukjizat Nabi Isa yang mampu menyembuh penyakit buta dan menghidupkan semula orang yang sudah meninggal dunia secara tidak langsung mengalahkan kehandalan doktor-doktor yang terdapat pada zaman orang Yahudi memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam bidang kedoktoran, maka AlQuran juga mempunyai kelebihan tersendiri dan menjadi mukjizat agung Nabi Muhamad SAW. Bagaimanakah ungkapan yang mengagumkan dan tiada tolok tandingannya mampu dihasilkan oleh seorang lelaki, yang mana selama 40 tahun, tidak pernah dikenali mempunyai kelebihan dan bakat tersebut ?

 

Persamaan dan percanggahan antara Kitab AlQuran dan juga Kitab Injil

 

            Wujudnya persamaan antara kedua-dua kitab ini tidak cukup untuk membuktikan salah satu daripada kitab ini telah diduplikasi daripada kitab sebelumnya. Keduanya mungkin berasal dari sumber rujukan yang sama, lalu menyebabkan timbulnya persamaan antara dua kitab ini. Dan ini sebenarnya telah termaktub di dalam kitab suci AlQuran bahawa Tuhan merupakan sumber kepada semua wahyu yang sahih. (AlQuran 4:47)

 

            Beberapa ulama telah menyatakan bahawa terdapat beberapa penganut Nasrani yang dibawa kehadapan Nabi Muhammad SAW dan diperkenalkan secara peribadi sebelum misi dakwah Rasulullah bermula namun mereka tidak meluangkan masa yang lama bersama Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengajar Nabi Muhammad isi kandung kitab mereka, dan tidak ada mana-mana rekod sejarah mengatakan sesiapa dari kalangan Nasrani mahupun Yahudi yang telah mengajar Nabi Muhammad SAW. Tambahan pula, arab jahiliyyah pada zaman Nabi Muhammad SAW berkobar-kobar mencari kesalahan lantas mencemarkan nama baik Rasulullah SAW. Jika Nabi Muhammad mempunyai seorang guru secara rahsia dari kalangan pendeta Nasrani ataupun Yahudi, sudah tentu masyarakat arab ingin mendedahkan perbuatan Nabi dan mencemarkan nama Baginda.

 

            Tambahan pula, bolehkah AlQuran diadaptasi daripada kitab Injil sedangkan Al-Quran dan kitab Injil mempamerkan percanggahan syahadat, elemen utama dalam agama? Berkenaan konsep ketuhanan dan kenabian, dosa dan keampunan, ajaran dari sudut pandang AlQuran amat berbeza dari sudut pandang kitab Injil. Malahan AlQuran mengatakan terus kepada Nasrani ataupun Yahudi apabila membetulkan kesalahan yang mereka katakan dalam Kitab mereka. Menariknya, wahyu yang diturunkan mengenai permasalahan ajaran Islam dan Nasrani diturunkan kebanyakkan di Mekah, sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, sedangkan di Madinahlah Baginda akan berhadapan dengan lebih banyak pendeta dari kalangan Nasrani dan juga Yahudi.

 

        Malah riwayat yang terdapat dalam kedua-dua kitab juga menunjukkan percanggahan dan perbezaan yang ketara. Sebagai contoh, yang menunjukkan AlQuran, tidak seperti Kitab Injil:

-          Tidak menyalahkan wanita untuk kesalahan yang dilakukan oleh Nabi Adam dan juga Hawa ('Alaihissalam) ketika tidak mematuhi perintah Allah sewaktu berada di dalam Syurga. (bandingkan Genesis 3: 12-17 dengan Al-Quran 91:7-8 dan 2:35-37)

 

-          Menekankan bahawa Nabi Adam dan juga Hawa telah bertaubat kepada Tuhan (Al-Quran 7:23) dan telahpun diampuni oleh Allah SWT (Al-Quran 2:37)

 

-          Menyatakan bahawa tempat kediaman akhir Nabi Adam dan juga Hawa dibumi telahpun Allah rancang sebelum mereka diciptakan (Al-Quran 2:30), dan bukanlah untuk menghukumi mereka (Genesis 3:17-19)

 

 

Terdapat juga riwayat lain yang penting boleh kita lihat dalam kisah Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan nabi Ishaq, Nabi lut, Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Isa ('Alaihissalam)

 

          Al-Quran juga menceritakan sejarah-sejarah penting yang tiada dalam kitab Injil. Berdasarkan kisah di bawah, dari bahagian mana dalam kitab Injil ini telah Al-Quran curi ?

 

  • Kisah kaum ‘Ad dan Thamud, bersama utusan Allah kepada mereka, Nabi Hud dan Nabi Salleh.

 

  • Perbualan antara Nabi Nuh dan juga anaknya sebelum berlakunya banjir (AlQuran 11:42-43)

 

  • Perbualan antara Nabi Ibrahim dan juga bapanya (AlQuran 6:74) begitu juga dengan perbualan Nabi Ibrahim bersama seorang Raja (AlQuran 2:258) dan perbualan antara Nabi Ibrahim dan kaumnya (AlQuran -----------29:16-18; 37:83-98; 21:57)

 

  • Penyataan tentang kota Iram (AlQuran 89:7)

 

  • Firaun Exodus ditenggelamkan dalam laut, dan badannya dipelihara sebagai bukti dan tanda bagi umat yang akan datang (AlQuran 10:90-92)

 

  • Mukjizat Nabi Isa yang sudah boleh berkata-kata sewaktu bayi lagi (AlQuran 3:46) dan dia menghidupkan burung (dengan izin Allah SWT)  dari tanah liat. (AlQuran 3:49), dan sebagainya.

 

          Untuk contoh yang seterusnya, boleh rujuk contoh dari AlQuran: 21:69, 2:260, dan juga 3:37)

 

 [8] Salah satu percanggahan yang penting, AlQuran menegaskan bahawa Nabi Isa A.S tidak pernah disalib.

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN 3 : ADAKAH IA PERKATAAN SYAITAN ATAU TUHAN?

Keterangan Al-Quran Berkaitan Syaitan Dan Akhlak

Sesetengah pihak mengatakan bahawa Al-Quran adalah hasil kerja daripada syaitan.

Mari kita kaji sejauh mana kebenaran (atau tidak benar?) tentang kenyataan ini.

Jika syaitan itu dikatakan mengarang atau mencipta Al-Quran, jadi mengapa dia mengeji dan menggelarkan dirinya sendiri sebagai musuh ketat manusia.

“Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.” (Quran 35:6) 

Mengapa syaitan menyuruh manusia, sebelum membaca Al-Quran  untuk berdoa:

“.....Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang terkutuk.”(Quran 16:98)

Bagaimana syaitan boleh sebegitu tegas untuk mengutuk dirinya sendiri? Adakah ianya dapat diterima oleh akal waras untuk mengatakan bahawa syaitan menyuruh manusia berbuat baik, berakhlak mulia dan terpuji, menyembah Allah dan tidak menyekutukannya, tidak mengikuti syaitan atau hasutannya dan  bersungguh-sungguh mengelak dan mencegah  kejahatan?

Berdasarkan pandangan sebegitu, secara jelas hal ini telah melemahkan dirinya sendiri seandainya dia yang mengarang Al-Quran itu. Bahkan Bible juga menyatakan:

“Dan jika syaitan telah bangkit menentang dirinya sendiri dan kemudian dia berpecah, dia tidak boleh bertahan, dan akhirnya akan menemui pengakhiran” (Mark 3;26)

            Hujah ini diaplikasikan kepada mana-mana “gerakan kejahatan”, ataupun “semangat jahat”, “makhluk asing” dan sebagainya.

 

Kandungan Fakta Al-Quran Dan Maklumat Saintifik Mengenainya. 

Dalam Al-Quran telah tercatat fakta mengenai masa silam yang tidak diketahui ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W dan juga kepada ahli sejarawan pada awal kurun ke-20 masihi. Disebabkan sesetengah ayat dalam Al-Quran, manusia juga telah menjumpai rujukan terhadap penemuan saintifik, yang mana sebahagiannya baru sahaja ditemui atau disahkan, antaranya berkenaan dengan alam semesta, biologi, embriologi, astronomi, fizik, geografi, metereologi, perubatan, sejarah, oseanografi dan sebagainya. Dibawah adalah sebahagian contoh penemuan saintifik moden yang disebut dalam Al-Quran.

  • Bandar kaum Thamud yang hilang (Al-Fajr 89:7)
  • Lebah pekerja adalah betina (An-Nahl 16:68)
  • Gunung-ganang sebagai  pasak dan tiang (An-Naba’ 78:6-7)
  • Bumi berbentuk sfera (Al-A’raf 7:54;Yasin 36:37;Luqman 31:29)
  • Alam semesta yang luas terbentang (Az-Zariyat 51:47)
  • Teori Big Bang (Al-Anbiya’ 21:30)
  • Pada satu ketika, keseluruhan alam ini hanya terdiri daripada satu gumpalan  ‘asap’.

(Fussilat 41:11)

  • Penjelasan Al-Quran mengenai perkembangan embrio manusia.

(Al-Mu’minun 23:12-14)

 

Berapa ramai saintis dan genius zaman moden yang terlatih dengan bantuan peralatan yang berteknologi tinggi, satelit, teleskope, mikroskope dan komputer diperlukan untuk menemui fakta saintifik sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran dan berapa lama masa yang diambil?

Walaupun ketidakupayaan manusia untuk mengetahui keseluruhan rahsia dan keunikan ciptaan ini ada disebut dalam Al-Quran (Al-Mulk 67:3-4), namun pelbagai pendedahan yang merujuk kepada pelbagai fenomena semulajadi seolah-olah menggesa manusia untuk mencari dan mengenalpasti kebenaran tentang apa yang telah diperkatakan – sikap ini hanya menunjukkan bahawa penulis Al-Quran ini sedang memberi cabaran kepada golongan yang tidak beriman. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa satu ataupun dua penemuan saintifik dalam Al-Quran itu hanyalah satu tekaan atau kebetulan, bagaimana pula jika kesemuanya benar dan dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik?

Kenyataan  Al-Quran yang menyebut tentang alam fizikal apabila dibandingkan dengan pengertian saintifik menunjukkan persamaaan yang mendalam, tetapi  apa yang lebih penting, seperti apa yang diperhatikan oleh Dr. Maurice Bucaille, Al-Quran berbeza daripada semua hasil kerja zaman silam yang mengambarkan atau mencuba untuk menerangkan bagaimana alam ini berfungsi. Dalam Al-Quran banyak perkara telah mempunyai kedudukan dalam ilmu pengetahuan moden tanpa ada satu pun percanggahan kenyataan dengan apa yang ditemui oleh sains pada hari ini.

Dr. Bucaille membuat kesimpulan kajiannya dengan kata-kata berikut:

“Berdasarkan tahap ilmu pengetahuan pada zaman Nabi Muhammad, tidak dapat dibayangkan sebegitu banyak kenyataan dalam Al-Quran yang berhubungkait dengan sains adalah hasil kerja manusia itu sendiri. Tambahan lagi, Al-Quran sangat berhak, bukan hanya sekadar sebagai lambang pendedahan, tetapi dengan  menganugerahkannya satu taraf yang sangat istimewa, oleh sebab jaminan kebenaran yang diberikan dan juga kewujudan kenyataan saintifik dalam Al-Quran, yang mana apabila dikaji pada hari ini ianya menjadi satu cabaran kepada manusia untuk menerangkannya.”

Kesimpulan

Dalam mengkaji kemungkinan sumber-sumber Al-Quran itu, kita telah merangkumi beberapa poin berikut:

  • Nabi Muhammad yang buta huruf.
  • Kejujuran Nabi Muhammad
  • Gaya bahasa Al-Quran.
  • Perbezaan antara Al-Quran dan Bible.
  • Ajaran Al-Quran tentang syaitan dan akhlak, dan
  • Kandungan fakta dan maklumat saintifik dalam Al-Quran

Poin-poin ini membantu kita dalam “proses penyingkiran” sumber-sumber yang tidak dapat diterima sebagai pengarang Al-Quran, seperti berikut:

Muhammad: Kita boleh mula dengan menyingkirkan Muhammad daripada senarai kemungkinan pengarang Al-Quran berdasarkan poin 1,2,3,5, dan 6 seperti yang tertera di atas. 

Penyair Arab, Ilmuan dan lain-lain: Kita juga boleh menyingkirkan mana-mana Arab yang lain daripada senarai berdasarkan poin 2,3 dan 6 (sekurang-kurangnya). 

Sebahagian bukan-Arab: Sebab yang menyingkirkan mana-mana Arab daripada senarai turut menyingkirkan mana-mana ilmuan bukan Arab,penyair atau individu keagamaan. 

Paderi Kristian atau Rabbi Yahudi: Sumber alternatif ini tidak dapat diterima berdasarkan poin 1,2,3,4 dan 6. 

Syaitan (atau roh atau makhluk asing atau sesiapa yang menyebelahinya dan lain-lain): Pilihan ini juga tidak dapat diterima berdasarkan poin-poin yang telah dibincang terutamanya poin nombor 5.  

Allah: Dengan ketiadaan alternatif lain yang boleh diterima sebagai sumber dan pengarang Al-Quran, seseorang itu seharusnya, dengan rela atau tidak menerima Al-Quran seperti apa yang telah didakwa-pendedahan daripada Allah melalui Rasulnya, Muhammad S.A.W. Taraf ini seakan-akan boleh diterima bukan hanya kerana ia adalah satu-satunya pilihan yang tidak boleh disingkirkan, akan tetapi kerana ia dapat diterima oleh akal bagi menganggap sebuah buku itu dengan dengan kualiti dan kandungan yang sebegitu rupa yang berasal daripada pencipta dan pembimbing manusia. Daripada kebanyakan- kemungkinan sumber Al-Quran, ini adalah alternatif terakhir-Allah-yang mana menyatakan dalam Al-Quran sendiri bahawa Dialah pengarang ayat-ayat suci  itu, dan Al-Quran sebenarnya adalah perkataan yang disebutkan oleh Tuhan. 

Oleh sebab itu, kedudukan ini yang mengatakan bahawa Allah adalah pengarang dan sumber Al-Quran masih lagi bertahan, dan cabaran (atau ujian kepalsuan, Q4:82) masih lagi terbuka kepada sesiapa sahaja yang tidak menyetujui kenyataan Al-Quran yang merupakan pendedahan daripada Allah. Kami sendiri telah menjalankan tugas ini, jadi berkenaan dengan pandangan orang Islam yang menyatakan bahawasanya Al-Quran adalah kalam Allah, bukanlah hasil daripada keyakinan secara membabi buta, tetapi sebenarnya ia adalah hasil daripada kesimpulan yang baik dan munasabah berdasarkan semua bukti-bukti yang ada. Tambahan pula selepas meneliti bukti-bukti tersebut, mengatakan yang sebaliknya pula adalah keyakinan yang membabi buta.

Perhatikan bagaimana bukti bagi asal-usul pengarang kalimah syahadah juga merupakan bukti kepada kewujudan Yang Esa itu sendiri. Allah pasti wujud, melainkan ada pengarang lain yang dapat diterima akal waras dan mampu untuk mengarang Al-Quran!.