Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam


Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam


AHMED AL-AMIR
TSEKOURA VIVIAN

EUROPEAN ISLAMIC RESEARCH CENTER (EIRC)
Athens – Greece

Diterjemahkan oleh
- Faried Adnan
- Jamilah Malek
- Aina Syaqilah
- Farah Aqilah
- Atiqah Suhaimi
- Ain Akillah
- Fatin Farhana Fauzi


Memukul wanita adalah dilarang di dalam Islam.

Segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam, yang mengutuskan Nabi Muhammad sebagai seorang pembawa berita gembira serta pemberi amaran, penyeru manusia ke jalan Allah, dan sebagai sebuah cahaya yang terang benderang. Moga rahmat Allah dan kesejahteraan dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, dan para-para sahabat.

Buku ini ditulis sebagai jawapan kepada tuntutan-tuntutan mereka yang telah ditipu dan dipesongkan oleh Syaitan. Perihal memukul seorang wanita di dalam Islam ini telah dibincangkan dalam banyak perjumpaan dan terdapat banyak laman portal menyentuh isu ini, tanpa memahami atau pun mempunyai ilmu mengenai isu ini, dan sebahagian musuh Islam menabur fitnah dan mereka-rekakan cerita. Mereka mengadakan-adakan perkataan yang tiada akar mahupun ranting, dengan erti kata lain, ia tidak berasas. Oleh itu, saya ingin meletakkan di tangan pembaca-pembaca yang baik mengenai sikap orang Islam dalam isu memukul wanita dan perbezaannya dengan sikap agama-agama lain, memandangkan Islam merupakan satu-satunya agama yang menyatakan larangan terhadap memukul wanita, tanpa mengira usia muda ataupun tua. Jadi saya mempersembahkan kepada kalian, butir-butir mengenai isu ini, dan kemudian kalian boleh menilai sendiri, selepas anda memiliki ilmu serta kefahaman dalam isu ini. 
Penulis













   


Bab 1
Klasifikasi Tindakan Berdasarkan Undang-Undang Islam (Syariah)
Semua tindakan manusia dibahagikan mengikut undang-undang Islam dalam kategori berikut, bagi menjelaskan sama ada sesuatu tindakan itu adalah dibenarkan atau dilarang:
1.    Wajib (Fardhu): Ianya adalah apa yang undang-undang Islam kenakan ke atas manusia, tanpa sebarang keraguan, seperti kewajipan solat, puasa, zakat (sedekah wajib tahunan yang golongan kaya berikan kepada yang miskin). Tindakan ini adalah wajib, dan sesiapa yang melakukannya akan diberikan ganjaran, manakala sesiapa yang mengabaikannya akan dihukum.

2.    Sunat (Mustahab): Ianya adalah tindakan yang undang-undang Islam galakkan kepada orang ramai untuk melakukannya tanpa mewajibkannya. Sesiapa yang melakukannya akan diberikan ganjaran, tetapi sesiapa yang mengabaikannya tidaklah dianggap telah membuat dosa, maka mereka tidak akan dihukum. Tindakan sedemikian adalah seperti seseorang memberus gigi dengan Siwak (sebatang kayu kecil dengan bulu seperti berus) sebelum mengerjakan sembahyang.

3.    Harus (Μubah): Ianya adalah perbuatan yang kedua-duanya tidak diberi ganjaran atau dihukum jika kita melakukannya atau mengabaikannya, seperti berjalan, menggunakan kereta atau kapal terbang dan apa-apa aktiviti seharian yang lain.

4.    Menjijikkan (makruh): Ianya adalah perbuatan menahan diri yang digalakkan oleh Undang-undang Islam, tetapi tidak ada larangan ke atas mereka. Jadi sesiapa yang menahan diri daripada melakukannya, mereka akan diberikan ganjaran, tetapi sesiapa yang melakukannya tidak dianggap telah membuat dosa dan dia tidaklah dihukum. Adalah lebih afdhal jika kita menjauhkan diri daripada perbuatan ini dan sebarang perkara yang boleh membawa kepadanya, tetapi orang yang melakukannya tidak berdosa. Tetapi mengulangi tindakan itu membawa kepada pelanggaran batas yang telah ditetapkan oleh Allah dan kepada perlakuan sesuatu perbuatan yang diharamkan Allah. Sebab disebalik kenyataan bahawa perbuatan makruh tidak dianggap sebagai dosa, walaupun ia adalah perkara yang bertentangan, adalah kerana kadang-kadang kita perlu melakukannya juga. Sebagai contoh, Allah Yang Maha Kuasa, membenci penceraian, tetapi Allah tidaklah mengharamkannya sebaliknya menjadikannya sebagai rahmat bagi hamba-hamba-Nya, untuk melepaskan mereka sekiranya keadaan hidup memerlukan tindakan demikian.

5.    Dilarang (Haram): Ianya adalah tindakan yang dilarang oleh Undang-undang Islam. Jadi, sesiapa yang melakukannya dianggap telah berdosa dan akan dihukum, manakala sesiapa yang menahan diri daripada melakukannya akan diberikan ganjaran. Perbuatan tersebut termasuklah larangan meminum alkohol dan melakukan zina.

Perbezaan Antara Perkara Yang Dibenarkan Dan Perkara Yang Dilarang
Untuk mengetahui apa yang dibenarkan dan untuk membezakannya daripada yang dilarang merupakan tulang belakang  Islam dan  bukti keimanan, dan ianya dihubungkan dengan keterikatan hati  sebagaimana ianya dihubungkan dengan tindakan anggota badan. Peraturan asasnya adalah setiap perbuatan dibenarkan, dan tidak ada perbuatan yang tidak dibenarkan kecuali yang dinyatakan secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. sebagai haram. Perbuatan yang dibenarkan adalah sesuatu yang murni, yang baik, manakala yang dilarang adalah sesuatu yang jahat, lucah. Dan ianya adalah Hak Allah, kerana Dia adalah Maha Pencipta, yang Maha Baik dan Maha Kuasa ke atas urusan hamba-hambaNya, untuk membenarkan apa sahaja yang Dia kehendaki untuk hamba-hamba-Nya dan melarang apa sahaja yang Dia kehendaki. Tetapi Allah, sebagai rahmat dari-Nya kepada hamba-Nya, telah mengesahkan dan melarang sesuatu tindakan atas sebab-sebab yang logik, berdasarkan manfaat untuk manusia. Oleh itu, Allah tidak membenarkan apa-apa kecuali yang baik, dan tidak pula mengharamkan sesuatu pun kecuali yang jahat.





Perpindahan Suatu Amalan Daripada Satu Kategori Kepada Kategori Lain
   
1.    Perpindahan dari yang dibenarkan kepada yang dilarang dan sebaliknya.
   
Suatu perbuatan yang dibenarkan boleh dipindahkan ke kategori yang dilarang sekiranya ada sebab yang menjadikan perbuatan itu daripada suatu yang menyenangkan dan baik untuk jiwa kepada sesuatu yang tidak baik dan perbuatan yang jahat yang membahayakan jiwa. Sebagai contoh, berjalan kaki di jalan raya adalah satu tindakan yang dibenarkan, ianya boleh diharamkan seandainya presiden negara telah menetapkan perintah berkurung selama beberapa waktu untuk keselamatan rakyatnya.

Suatu perbuatan yang diharamkan juga boleh dipindahkan kepada kategori yang dibenarkan jika terdapat alasan yang menjadikan perbuatan itu diperlukan bagi memelihara kehidupan manusia. Sebagai contoh, meminum arak adalah tindakan terlarang, tetapi ianya dibenarkan jika seorang lelaki yang sesat di tengah padang pasir dan akan mati kehausan sekiranya dia tiada sebarang apa untuk diminum kecuali alkohol, di mana dia boleh meminum seberapa banyak yang diperlukan sahaja bagi memastikan kelangsungan hidupnya, tanpa  melebihi had yang sepatutnya.

2.    Perpindahan daripada yang wajib kepada yang dilarang dan sebaliknya

Amalan yang wajib boleh berpindah ke kategori yang dilarang dan amalan yang dilarang boleh berpindah ke kategori wajib. Sebagai contoh, solat adalah amalan yang wajib, tetapi ianya boleh menjadi haram jika seorang lelaki bersolat di dalam rumah semasa gempa bumi dan ianya pasti akan mati melainkan dia keluar dari rumah itu dengan cepat. Selain itu, menyerang seseorang dan memotong kakinya adalah diharamkan, tetapi sekiranya doktor perlu memotong kaki pesakit bagi menyelamatkan nyawanya, maka tindakan ini menjadi wajib kepadanya dan sekiranya tidak melakukannya maka dia telah dianggap melakukan dosa dan jenayah, yang mana dia haruslah dihukum.


3.    Perpindahan daripada yang makruh kepada kategori sunat atau daripada sunat ke kategori yang dilarang:

Satu perbuatan makruh boleh berubah kepada kategori sunat, bahkan ke kategori yang wajib. Sebagai contoh, perceraian pada dasarnya adalah suatu perkara makruh, yang dibenci Allah, tetapi dalam beberapa kes yang tertentu di mana sekiranya tidak menceraikan isteri mampu menjerumuskan kepada perbuatan haram yang tidak mampu dihalang oleh suami melainkan melalui proses perceraian, seperti dalam situasi seorang isteri melakukan perkara tidak bermoral dan suaminya tidak mampu membawanya kembali ke jalan yang lurus. Dalam kes ini adalah lebih baik suami menjatuhkan talak kepada wanita tersebut. Oleh yang demikian, amalan makruh telah menjadi sunat.

Suatu amalan sunat juga boleh berpindah ke dalam kategori haram. Sebagai contoh, membersihkan gigi dengan As-Siwak adalah amalan sunat yang digalakkan. Tetapi ianya boleh menjadi makruh, bahkan boleh diharamkan sebagai contoh, gigi seseorang akan tanggal dan dia mengetahui bahawa ianya akan berlaku sekiranya dia membersihkan juga giginya dengan As-Siwak. Dalam kes ini membersihkan gigi dengan As-Siwak adalah bertentangan dengan prinsip Islam iaitu “tidak membahayakan, atau menyebabkan apa-apa kemudaratan kepada sesiapa, bahkan kepada diri sendiri.”


Kesimpulan
 
Berdasarkan apa yang telah diterangkan di atas, kita boleh simpulkan bahawa Islam bukanlah agama buta yang tidak melihat atau menilai keadaan hal-ehwal seharian manusia. Kebutaan ini sebenarnya ada di dalam hati musuh-musuh Islam, yang tidak mempunyai tujuan lain melainkan pembohongan yang mereka ada-adakan terhadap Islam untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan sesungguhnya Allah akan tetap menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya. Mungkin, wahai pembaca, anda telah memahami bahawa Islam bukanlah agama yang tidak adil, tetapi ianya adalah agama keadilan, sebagaimana salah satu daripada Nama-nama Allah iaitu "Al-'Adl - Yang Adil", dan anggaran sama ada amalan itu dilarang atau dibenarkan dalam Islam adalah berdasarkan kepada keadilan dan bukannya kepada pertimbangan yang membuta tuli, manakala setiap bentuk ketidakadilan adalah dilarang sama sekali dalam Islam.























Bab 2 :
Layanan Terhadap Para Isteri Mengikut Pandangan Al-Quranul Karim Dan Sunnah

Menurut pandangan Al-Quran kita dapat lihat Allah SWT begitu menekankan layanan yang baik terhadap isteri, supaya  bermurah hati terhadap mereka serta bersekedudukan baik dengan mereka meskipun tiada rasa cinta dalam hati. Allah Yang Maha Mengetahui berfirman,
“Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan  tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” (4:19)
Nabi s.a.w bersabda,
“Seorang lelaki beriman dilarang membenci (isterinya sendiri) wanita beriman, sekiranya dia membenci satu dari sifatnya maka dia menyukai sifatnya yang lain.” (HR Muslim)
                 Selain itu, Allah SWT juga telah menjelaskan bahawa seorang isteri itu juga mempunyai hak ke atas suaminya, sepertimana suaminya mempunyai hak ke atasnya. Allah SWT berfirman:
“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suaminya) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak.” (2:228)
            Dan dalam wasiat terakhir Rasulullah s.a.w sebelum baginda wafat, adalah mengenai kewajipan seorang lelaki menjaga serta memuliakan isteri mereka, dan jangan sesekali berlaku zalim kepada mereka ataupun mencabuli hak-hak mereka. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Layanlah para isteri dengan cara yang terbaik.”
Rasulullah s.a.w  juga menyuruh lelaki untuk berkelakuan baik terhadap isteri-isteri mereka serta bermurah hati terhadap mereka. Baginda s.a.w juga bersabda bahawa lelaki yang terbaik adalah lelaki yang berlaku baik pada isteri mereka. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Seseorang yang mempunyai iman yang sempurna itu adalah mereka yang berakhlak mulia. Dan antara yang terbaik di kalangan kamu adalah yang berlaku baik kepada isteri kamu.” (at-Thirmizi)
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Yang terbaik di kalangan kamu adalah yang berlaku baik pada isterinya, dan aku adalah yang terbaik di kalangan kamu terhadap isteri-isteriku.” (Ibn Majah)
            Selain itu, Nabi s.a.w juga menyuruh para sahabat untuk bertolak ansur terhadap kesalahan-kesalahan isteri mereka, menjelaskan, tabiat semula jadi seorang wanita itu, yang mana Allah SWT telah menciptakan mereka. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Layanlah perempuan dengan cara terbaik. Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk dan paling bengkok sekali dibahagian pertama, sekiranya kamu cuba meluruskannya, ia akan patah dan sekiranya kamu biarkannya ia akan kekal bengkok. Maka layanlah mereka dengan cara terbaik.” (Al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Sesungguhnya perempuan itu dicipta dari sebatang tulang rusuk. Ia tidak akan diluruskan terhadap kamu dengan apa-apa cara sekalipun (membawa maksud dia tidak akan berbuat sesuatu sepenuhnya sama seperti apa kamu perintahkan), jadi sekiranya kamu menyukainya, kamu menyukainya bengkoknya itu, dan sekiranya kamu cuba untuk meluruskannya, kamu akan patahkannya. Dan patahkan dia bermaksud kamu ceraikan dia.” (Mustakraj ‘Abi Awana)

        Ayat-ayat Al-Quran serta hadis yang menjelaskan tentang layanan suami terhadap isterinya tidak terkira banyaknya, dan sesiapa yang merujuk ayat-ayat ini, maka mereka dipersilakan untuk berbuat demikian.

Adakah Rasulullah Pernah Memukul Isteri-Isterinya?

       Rasulullah s.a.w  adalah contoh tauladan yang terbaik untuk umat Muslim ikuti, sepertimana Allah SWT perintahkan kita untuk berbuat sedemikian, Allah SWT berfirman:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (33:21)
    Allah SWT juga telah menjelaskan kemuliaan akhlak Nabi, seperti yang difirmankan  dalam Al-Quran,
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (68:4)
Rasulullah s.a.w mengaplikasikan sifat mulianya itu dalam amalan sehariannya, di mana orang lain boleh mempelajari bagaimana untuk berlaku baik pada orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya, aku dihantar tidak lain kerana menyempurnakan dan menutup umat yang terbaik.” (Malik dalam Al-Muatta’)
    Pernahkah kita terbaca dalam sirah kehidupan Rasulullah s.a.w atau dalam kata-katanya (Hadith) yang menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah memukul mana-mana perempuan ataupun kanak-kanak? Atau pernahkah kita terdengar dari musuhnya yang hidup pada zaman baginda s.a.w, melihat dan mendengar baginda, menuduhnya atas perbuatan-perbuatan sedemikian?
    Dan mari kita perhatikan Aisyah, isteri Rasullah s.a.w, dan apa yang beliau perihalkan tentang baginda selepas baginda wafat, untuk mengetahui suami yang bagaimanakah Rasulullah s.a.w itu,
“Akhlaknya ialah Al-Quran.” (Ahmad)
“Rasulullah s.a.w  tidak pernah memukul perempuan mahupun kanak-kanak dengan tangannya.” (Muslim)

    Dan mari kita perhatikan pula     apa kata-kata Safiyya, isteri Rasulullah s.a.w yang lain selepas kematian baginda,
“Tidak pernah lagi aku melihat seorang yang lebih baik akhlaknya berbanding Rasulullah s.a.w.” (At-Tabarani)
    Dan mari kita lihat pula kata-kata hamba baginda s.a.w, Anas bin Malik,
“Aku kekal berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w selama sepuluh tahun. Dia tidak pernah berkata kepadaku ‘Oof!’. Bila aku melakukan sesuatu, baginda tidak pernah berkata kepadaku kenapa aku berbuat sedemikian? Ketika aku tidak melakukan sesuatu tugas, baginda tidak pernah bertanya, kenapa kamu tidak berbuat sedemikian. Dan Rasulullah s.a.w mempunyai ciri yang terbaik di kalangan manusia (juga mempunyai ciri fizikal yang terbaik dan seumpamanya) dan aku tidak pernah merasa kain sutera, mahupun sutera asli ,yang lebih lembut dari tapak tangan Rasulullah s.aw. Dan tidak juga aku pernah hidu kasturi atau wangian lain yang lebih wangi baunya dari peluh Rasulullah SAW.” (At-Tirmizi)
    Anas bin Malik turut berkata,
“Aku berkhidmat pada Rasulullah s.a.w bertahun lamanya. Baginda tidak pernah menghinaku, tidak pernah memukulku, tidak pernah memarahiku dan tidak pernah bermuram denganku. Dan baginda tidak pernah mengungkit sesuatu yang baginda menyuruhku tetapi aku abaikan. Dan sekira ahli keluarganya mengungkit terhadapku, baginda berkata, ‘Biarkan! Kalau ia perlu aku akan suruhnya!” (Al-Baghawi)










Bab 3:
Tesis Islam Berkaitan Memukul Wanita: Adakah Ia Dibenarkan Atau Dilarang Dalam Islam?
Ayat ayat alquran dan sunnah nabi Muhammad SAW merupakan dua sumber perundangan islam, dan berdasarkan kepada kedua duanya kita akan tiba kepada apa yang islam telah gariskan berkenaan memukul wanita dan lanjutan daripada itu wahai pembaca sekalian, anda boleh menentukan kategori yang manakah akan perihal memukul wanita itu sepatutnya diletakkan. Adakah ianya wajib atau sunnah atau harus atau makruh ataupun haram sama sekali?
Iyas bin abdullah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Janganlah memukul wanita”, kemudian (pada suatu waktu yang lain, selepas nabi melarang memukul wanita) Umar ibn al-khattab telah datang bertemu Nabi s.a.w dan berkata kepada baginda: “Wanita telah mula melampau terhadap suami mereka, tidak mematuhi dan melayan suami mereka dengan sombong dan berperi laku buruk.” Kemudian Rasulullah s.a.w telah memberi mereka kebenaran untuk memukul mereka  (memberi pengecualian terhadap kes kes seperti itu). Selepas itu ramai wanita mendatangi dan mengadu kepada baginda tentang suami mereka. Rasulullah s.a.w kemudiannya telah bersabda: “Ramai wanita telah mendatangi para isteri muhammad dan mengadu tentang suami mereka, sesungguhnya mereka itu bukanlah lelaki yang terbaik di kalangan kamu.” (Abu dawud, ibn majah, ad-darmi)
Hasil analisa hadis tersebut kita boleh membuat beberapa kesimpulan:
Hadis ini mengandungi 3 perkara yang mana baginda Nabi s.a.w telah ucapkan dalam 3 keadaan yang berbeza, bukannya pada satu keadaan yang sama.
Keadaan pertama:
Baginda nabi s.a.w telah bersabda “Jangan memukul wanita”,  dan perihal keadaan pertama berakhir di sini. Oleh yang demikian, barangsiapa yang telah mendengar perkataan ini daripada Rasulullah s.a.w telah terdidik secara pastinya bahawa pandangan islam berkenaan memukul wanita ialah ianya dilarang sama sekali dan barangsiapa yang melakukannya akan dikira sebagai melakukan dosa memandangkan dia telah melanggar arahan Nabi s.a.w.
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, saya akan memberitahu reaksi saya kepada para pembaca sekalian. Jika anda berada di sana pada waktu  itu dan telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah memukul wanita”, apakah pendapat kalian? Adakah ianya wajib, sunnah, harus, makruh ataupun haram? Dan adakah kalian akan beranggapan bahawa sesiapa sahaja yang melakukannya akan mendapat pahala atau dianggap sebagai pendosa? Dan adakah kalian akan mengatakan bahawa islam ini agama yang menekan dan membenarkan untuk mengasari wanita?
Keadaan Kedua
Sekarang, mari kita selidik bahagian kedua daripada hadis ini, ketika mana ‘Umar ibn Al-Khattab datang kepada Rasulullah s.a.w, bermaksud perkara tersebut berlaku kepada keadaan lain ketika Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan memukul wanita.” ‘Umar datang bagi mengadu tentang wanita, dan berkata: “Wanita telah mula melampau terhadap suami mereka, tidak mematuhi dan melayan suami mereka dengan sombong dan berperi laku buruk.” Di sini dan hanyalah di sini, merupakan satu pengecualian, yang telah diambil oleh Rasulullah s.a.w sebagai satu pertimbangan berdasarkan keadaan realistik kehidupan hari ini, bagi memberi kebenaran untuk suami memukul isterinya, tetapi HANYA dalam keadaan atau situasi sedemikian sahaja. Tetapi, bagaimana pukulan ini harus berlaku? Perkara ini akan dibincangkan kemudian.
Keadaan Ketiga
Sekarang, mari kita selidik pula bahagian ketiga daripada hadis ini, Selepas itu ramai wanita mendatangi dan mengadu kepada baginda tentang suami mereka. Rasulullah s.a.w kemudiannya telah bersabda: “Ramai wanita telah mendatangi para isteri muhammad dan mengadu tentang suami mereka, sesungguhnya mereka itu bukanlah lelaki yang terbaik di kalangan kamu.” Di sini terletaknya penilaian atau keputusan terakhir berkaitan memukul wanita dalam Islam, iaitu ianya merupakan perkara yang makhruh atau dilarang sekiranya si suami melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh Allah, yang mana akan dibincangkan kemudiannya nanti.

Adakah kamu memahami daripada hadis ini yang Rasulullah S.A.W. menyuruh sesiapa sahaja memukul isterinya?Atau adakah baginda menggalakkan seseorang itu memukul isterinya? Atau adakah baginda menegur sesiapa sahaja yang memukul isteri mereka?!!! Para sahabat Rasulullah senantiasa bersegera bagi  mendapatkan keredhaan pesuruh Allah s.a.w. Dan hal ini adalah kerana, mereka mengetahui dengan yakinnya bahawa sesiapa yang memukul isterinya adalah mereka yang tidak mendapat keredhaan Rasulullah s.a.w dan sebaliknya. Tambahan, sesiapa yang tidak memukul isteri serta memaafkan kesalahan isterinya itu adalah mereka yang akan memperolehi keredhaan daripada Rasulullah s.a.w. Dan tanpa sebarang syak lagi, sebarang perkara yang dibenci oleh Rasulullah termasuklah dalam kategori perkara yang makhruh, bahkan juga yang dilarang.

Bolehkan Memukul Wanita Itu Berpindah Daripada Kategori Makhruh Kepada Kategori Haram?
Kita dapati asas bagi perkara ini dalam Islam dan penilaian pertama Islam berkenaan isu memukul wanita ini membuatkan perkara itu dilarang. Kemudian perkara ini berpindah ke kategori perkara yang dibenarkan atas beberapa sebab-sebab yang tertentu, dan akhirnya perkara ini berpindah ke kategori makhruh. Tetapi bilakah memukul wanita itu menjadi sebuah larangan? Ianya menjadi perkara yang dilarang sekiranya terdapat satu perlanggaran yang tidak adil, tanpa sebarang sebab yang munasabah, memandangkan setiap perlanggaran yang tidak adil itu adalah dilarang dalam islam. Allah, Yang Maha Mulia, telah berfirman dengan bijaksana-Nya, memberi amaran terhadap sebarang bentuk ketidakadilan:
“Dan barang siapa di antara kamu berbuat zalim, nescaya Kami timpakan kepadanya rasa azab yang besar.” (25:19)
Allah turut berfirman:
“Dan orang yang zalim tidak ada bagi mereka pelindung dan penolong.” (42:8)
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Takut dan tahanlah diri daripada ketidakadilan (dan penindasan). Sesungguhnya, kezaliman akan menjadi kegelapan yang berlebihan di hari kiamat." (Al-Bayhaqi)
Rasulullah S.A.W. bersabda juga:
"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)." (Al-Bukhari)
Rasulullah S.A.W. turut bersabda:
“Takutlah akan doa orang yang tertindas, sekalipun dia adalah kafir, kerana tidak ada penghalang baginya (antara dirinya sendiri dan Allah)." (Al-Bukhari)
Tambahan itu, Islam bukan sahaja melarang mencederakan isteri secara fizikal, bahkan secara lisan dan perkataan juga.
“Sungguh, orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan baik, yang tidak pernah sekalipun terlintas akan perbuatan yang keji dan beriman  (dengan tuduhan berzina), mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan mereka akan mendapat azab yang besar.” (24 : 23)
Allah, Yang Maha Mulia, turut berfirman:
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (33 : 58)

Rasulullah s.a.w turut bersabda:
“Muslim ialah seseorang yang mana manusia lain selamat daripada lidah dan tangannya. Mukmin ialah seseorang yang manusia lain mempercayainya (di dalam menguruskan) harta dan diri mereka.” (An-Nasa’i)
    Dan perhatikan dalam hadis yang lepas, Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa manusia lain itu yang selamat daripada tangan dan lidah seorang Muslim. Baginda tidak mengatakan yang Muslim itu selamat. 
    Justeru, bagi sesiapa yang mendakwa Islam menggalakkan ketidakadilan atau memukul wanita telah mengada-adakan fitnah dan dusta yang cukup besar. 
Penilaian Dalam Mahkamah Islam Mengenai Isu Memukul Wanita
                    Sekarang, lebih baik jika kita bergerak kepada perlaksaan praktikal yang dilakukan dalam mahkamah Islam mengenai isu ini setiap hari, hal ini bertujuan bagi melihat bagaimana proses penghakiman dalam mahkamah Islam sekiranya berlaku kes memukul seorang wanita. Mahkamah Islam menangani masalah ini dengan cukup tegas dan serius, mempertahankan hak seorang wanita itu dan menghakimi lelaki yang memukul isteri mereka. Berikut merupakan salah satu contohnya.
Surat khabar Riyadh yang menerbitkan beritanya di laman web mereka pada 12 Desember 2012:
“Mahkamah di Bandar Al-Katif di Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman 30 sebatan di khalayak umum terhadap seorang suami kerana telah memukul isterinya,  justeru hukuman ini dijalankan pada lelaki tersebut sebagai teladan bagi sesiapa yang mungkin melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. Hakim mahkamah itu juga mengarahkan lelaki tersebut untuk menghadiri seminar selama sepuluh hari di sebuah institut yang khusus dalam menangani isu wanita dan juga keluarga dan seterusnya lelaki tersebut harus menjalani ujian bertulis dan lulus ujian tersebut, keputusan ujian tersebut akan dikepilkan bersama fail kes tersebut.”
Begitu juga dengan kesemua mahkamah dalam negara-negara Islam yang lain, mereka akan menjatuhkan hukuman kepada mana-mana lelaki yang memukul isteri mereka. Yang melucukan, sesetengah wanita mengambil kesempatan ini untuk menakut-nakutkan dan juga menggugut suami mereka. Apabila mereka ingin membalas dendam untuk sesuatu perkara, mereka akan sengaja mencederakan diri sendiri, serta membuat aduan dan juga laporan palsu kepada pihak berkuasa bagi menuduh suami mereka, walaupun suami tersebut sama sekali tidak bersalah!
Konklusinya daripada kes di atas, tiada muslim yang waras, yang mengikuti segala ajaran yang dibawa oleh Islam, akan bersetuju dengan sebarang ketidakadilan terhadap berlaku terhadap isteri mereka, Islam juga, yakni agama kita tidak mengajar kita, atau mengarahkan kita untuk melakukan sesuatu seperti sedemikian. Sebaliknya, Islam melarang sama sekali segala perbuatan yang zalim dan mengajar kita erti keampunan, kesabaran, toleransi  serta konfrontasi sesuatu yang jahat dengan yang baik. Dan kita seharusnya mengetahui bahawa Islam tidak menjadikan perlakuan memukul isteri itu sebagai satu tindakan yang dibenarkan sebaliknya menjadikannya sebagai satu pengecualian hanya  kepada beberapa kes individu yang sememangnya tiada cara lain boleh dilakukan. Selain daripada itu, keadaan ini hanya berlaku dengan sebab yang spesifik agar perbuatan ini tidak selalu berlaku dan hanya untuk mencapai matlamat tertentu, iaitu sebagai perlindungan untuk sesebuah rumah itu dan juga untuk menjaga moral masyarakat pada umumnya.
















Bab 4:
Penyelesaian Bagi Masalah Isteri Nusyuz Di Dalam Islam

Seseorang mungkin ada bertanya:
Bukankah lebih baik seorang suami memberi nasihat kepada isterinya daripada memukulnya?
Sudah tentu. Dan sesungguhnya inilah pengadilan Allah yang Maha Bijaksana.
Firman Allah:
“…Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (An-Nisaa':34)

Rasulullah S.A.W turut bersabda dalam haji wida’:
“ Layanilah isteri-isterimu dengan cara yang terbaik, mereka bagaikan tawanan kamu, kamu tiada hak untuk melayan mereka dengan sebaliknya, melainkan mereka membuat kesalahan dalam perbuatan yang keji, dan jika itu berlaku, palingkanlah badan kamu semasa tidur, dan pukul mereka dengan pukulan yang ringan, namun jika mereka berkelakuan baik, maka jangan kamu sakiti mereka. Sesungguhnya, kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.” (At-Tarmizi)
Maka, seperti yang kita maklum, Allah yang Maha Bijaksana lagi yang Maha Mengetahui mengambil berat tentang hamba-hambaNya, dan antara buktinya, termaktublah cara menangani masalah isteri yang tidak berakhlak atau nusyuz kepada TIGA peringkat:
Peringkat pertama: Nasihat dan tunjuk ajar :
Merupakan satu tuntutan kepada seorang suami untuk mengikut turutan cara-cara yang sebaiknya iaitu  menasihati dan memberi tunjuk ajar sekiranya terlihat tanda-tanda nusyuz ada pada isterinya, sebelum dia mengasingkan tempat tidur. Hukum melalui turutan ini ialah wajib mengikut kepada jumhur ulamak. Oleh itu, suami seharusnya mencuba untuk menyentuh hati si isteri dengan menggunakan perkataan yang baik-baik, seterusnya dapat melembutkan hatinya, membuatkannya sedar betapa berharganya dia di dalam hati si suami. Cara ini dapat membuktikan bahawa suami itu menasihati isterinya atas tujuan mengharapkan kehidupan yang harmoni dan bahagia bersama isteri dan seluruh keluarga.
Dalam erti kata mudah, si suami seharusnya melakukan segala apa yang termampu, mencuba menasihati si isteri dengan tujuan mengubah sikapnya. Tambahan pada itu, kita perlu mengambil kira bahawa nasihat tidak lahir daripada hati yang keras atau dengan perbuatan yang kasar, tetapi nasihat memberi makna berhikmah dalam perbualan sebagai usaha untuk menyentuh hati seseorang yang kita cuba untuk nasihatkan. Sebagai contoh, si suami memberikan hadiah kepada si isteri agar dia dapat menerima nasihat dengan hati yang senang dan fikiran yang terbuka. Di samping itu, si isteri yang bijak dan berakhlak mulia turut dituntut untuk menerima nasihat daripada si suami dengan baik, dan bertimbang rasa demi masa depan anak-anak dan kehidupan bersama. Namun, sekiranya si isteri yang tidak dapat menerima nasihat walaupun telah dicuba pelbagai cara dengan berhikmah, maka si suami boleh menggunakan cara yang kedua, sepertimana yang Allah telah perintahkan.

Peringkat kedua: Palingkan badan semasa tidur :
Seperti yang telah kita jelaskan, sekiranya cara menasihati dengan hikmah tidak membuahkan hasil dan tidak diterima dengan baik oleh si isteri, maka dibenarkan si suami memalingkan badan daripada si isteri semasa tidur, menolak untuk melakukan hubungan kelamin selama tiga hari maksima, namun jika si suami melebihi tiga hari, maka itu satu penderaan yang beremosi, bukan untuk tujuan menegur si isteri.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas memalingkan muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam.” (Bukhari)
Tujuan tindakan si suami berpaling daripada si isteri adalah supaya si isteri mengetahui bahawa si suami benar-benar terasa hati akan sikapnya.Cara ini juga memberi peluang kedua kepada si isteri untuk bermuhasabah kembali mengenai setiap perkara dari segenap aspek.
Namun jika si isteri mengambil teguran dan sedar bahawa dia perlu mengubah sikapnya, maka si suami wajib berhenti pada peringkat kedua ini ,memaafkan dan melayani si isteri dengan sebaik-baiknya.
Namun jika sebaliknya yang berlaku, si isteri masih tetap tidak berubah dengan sikapnya, maka si suami dibenarkan untuk mengambil tindakan yang terakhir ini.
Peringkat ketiga: Pukulan ringan menggunakan siwak :
Jika si suami telah mencuba pelbagai cara  untuk mengubah sikap si isteri yang tidak berakhlak termasuklah menasihati dengan baik, dengan kata-kata yang lembut serta memberikannya hadiah, namun tiada sesuatu pun yang berjaya, kemudiannya si suami mencuba cara yang seterusnya yakni berpaling daripada si isteri semasa tidur, dan sekiranya masih juga tidak berjaya, maka dibenarkan si suami untuk memukul dengan pukulan yang ringan menggunakan siwak.
‘Ataa’ berkata, “Aku bertanya kepada Ibnu Abbas, “Bagaimana yang dikatakan dengan pukulan yang ringan”. Beliau menjawab, “Dengan siwak ataupun yang sewaktu dengannya.” Tambahan, Al-Hassan Al-Basri turut berkata, “Agar tidak kelihatan.”
Demi Allah, kesakitan apa yang mampu sebatang siwak hasilkan wahai pembaca yang dirahmati Allah? Dan adakah memukul seorang isteri dengan siwak itu kamu melabelkannya sebagai satu kezaliman dan kekerasan? Berikut adalah gambaran bagaimana rupa siwak yang dimaksudkan.

Sekiranya ada yang mengatakan ini satu kezaliman, mari kita lihat kembali bagaimana filem-filem barat menggambarkan pergaduhan yang berlaku di antara lelaki sesama lelaki, atau antara lelaki dan wanita, atau antara majikan dan para pekerjanya, di mana seseorang akan menunjukkan jari telunjuk pada dada lawannya atau dengan pensil yang digenggam di tangannya. Malah kejadian tampar-menampar turut dipaparkan.Tambahan pula, kebanyakannya dalam filem memaparkan kejadian si isteri menampar si suami dengan kasar, atau si suami menampar si isteri pada bahagian muka lalu pergi meninggalkan si isteri yang terpinga-pinga. Orang-orang barat tidak memandang kejadian-kejadian seperti itu sebagai satu kezaliman atau kekerasan, malah mengatakan ianya merupakan satu luahan emosi yang membuatkan si suami itu memukul si isteri atau sebaliknya. Mereka tetap menganggap pasangan tersebut tergolong dalam golongan yang bertamadun.
Di sini kita sepatutnya memandang berat bahawa memukul seseorang itu pada bahagian mukanya adalah dilarang sama sekali di dalam Islam.Tetapi sebaliknya, mereka menentang Islam dan membuat tuduhan palsu dengan mengatakan cara Islam itu hanya menggalakkan kekerasan.
Perlu diambil perhatian bahawa peringkat menasihati dengan memalingkan badan semasa tidur daripada isterinya, dan akhirnya dengan pukulan bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang berlaku saban hari, tetapi peringkat-peringkat ini hanya digunakan dalam masalah isteri yang nusyuz sahaja.
Sebagai contoh, si suami meminta si isteri untuk memasakkannya nasi dan ikan, tetapi si isteri terlupa tetapi sebaliknya menggoreng ayam, justeru itu, adakah tiga peringkat yang kita bincangkan di atas boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini?
Sudah tentu tidak. Kejadian seperti ini sepatutnya diselesaikan dengan cara yang aman, tanpa memerlukan sebarang proses nasihat-menasihati. Tetapi jika si isteri itu tidak berakhlak, ingkar dan angkuh, keras kepala dan terdapat tanda-tanda nusyuz padanya, yang merupakan kes yang cukup serius, maka seharusnya kita  mencari jalan penyelesaiannya, di mana si isteri haruslah mengubah akhlak dan sikapnya.
Bayangkan wahai pembaca yang dirahmati Allah sekalian jika si isteri tetap tidak berubah dengan keangkuhannya? Sudah tentulah segalanya akan berakhir dengan kepincangan rumahtangga dan seterusnya menjerumuskan ke arah perceraian, sedangkan si suami telah mencuba sedaya upaya dengan pelbagai usaha untuk mengubah si isterinya. Maka, yang manakah lebih baik dalam menyelesaikan masalah seperti ini, sama ada dengan perceraian atau pukulan yang ringan?
    Sekiranya memukul itu diibaratkan seperti kehilangan satu mata dan perceraian itu diibaratkan buta, maka sudah tentu kehilangan satu mata lebih baik daripada buta.
Sesungguhnya, membiarkan si isteri yang nusyuz tanpa mengambil sebarang tindakan pasti akan menyebabkan kepincangan seluruh keluarga dan seterusnya memusnahkan seluruh kehidupan masyarakat.











Bab 5:
Pengertian ‘Memukul’ Dalam Islam

Sebelum persatuan-persatuan yang mempertahankan hak-hak manusia mengecam keganasan domestik, Islam terlebih dahulu mengecam keganasan yang berlaku di dunia, yang mana menjanjikan kepada si pelakunya balasan di dunia dan di akhirat. Tambahan pula, larangan keganasan ini tidak terhad kepada keganasan fizikal sahaja, tetapi penyalahgunaan pada perkataan juga. Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Muslim ialah seseorang yang mana manusia lain selamat daripada lidah dan tangannya. Mukmin ialah seseorang yang manusia lain mempercayainya (di dalam menguruskan) harta dan diri mereka.” (An-Nasa’i)
Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:
“Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya: orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” (Al-Haithami)

Mungkin ada yang akan mempersoalkan , bagaimanakah Islam mengecam tindakan keganasan sedangkan Islam membenarkan seorang lelaki untuk memukul isterinya sebagai jalan terakhir seandainya isteri tersebut berakhlak buruk?
                  Untuk merungkai permasalahan ini, pertamanya kita haruslah menjelaskan perbezaan antara maksud ‘memukul’ dalam kehidupan seharian dengan maksud ‘memukul’ dalam Islam. Contohnya, apabila seseorang mendengar berita bahawa seorang lelaki telah memukul isterinya, maka satu gambaran  teruk tentang lelaki zalim memukul isterinya akan menerpa ke ruang minda sesorang, gambaran itu menggambarkan lelaki itu menumbuk dan menendang isterinya dengan ganas sekali. Selain daripada gambaran itu, tergambar juga gambaran keadaan isteri lelaki terbabit yang badannya penuh dengan luka, lebam mahupun keretakan tulang. Ini adalah maksud perkataan ‘memukul’ pada hari ini, yang mana kita perolehinya daripada pengalaman hidup seharian.

                     Tetapi jika saya mengatakan ‘saya sedang memukul telur’, atau ‘saya sedang memukul drum’, adakah ia akan difahami dengan konteks  bahawa saya memukul telur atau memukul drum dengan tumbukan dan tendangan? Konklusinya, maksud memukul itu berubah sepenuhnya bergantung pada penggunaannya konteksnya dan juga merujuk kepada niat si pelaku, karakternya dan sifatnya. Daripada ini kita dapat memahami maksud memukul yang diperkatakannya. Oleh sebab inilah, maksud ‘memukul’ dalam Islam adalah sesuatu yang amat berbeza dengan maksud yang kita gunakan dalam kehidupan seharian, memandangkan ‘memukul’ dalam konteks maksud yang digunapakai pada hari ini adalah amat dilarang dalam Islam.

Justeru, tidak mungkin dua maksud ini akan bercampur-aduk kerana ianya adalah berlawanan antara satu sama lain. Seandainya kita tidak mahu menjadi berat sebelah, maka kita perlulah mengatakan bahawa tiada istilah memukul wanita dalam Islam dan Islam juga tidak membenarkan perbuatan seperti ini. Sebaliknya, Islam telah melarang perbuatan memukul, sebagaimana larangan seorang lelaki untuk menghina atau memalukan isterinya, atau mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.
Sesungguhnya, maksud memukul dalam Islam adalah sentuhan, dengan matlamat untuk menfokuskan perhatian seorang wanita kepada suaminya dan memberi kefahaman kepadanya bahawa dia sedang mengingkari hak-hak suaminya dan suaminya pula mempunyai hak untuk membetulkan kelakuannya. Islam juga telah menggariskan beberapa peringkat yang mendahului peringkat terakhir sebelum memukul isteri bagi menyelesaikan masalah dan mendidik isterinya sekiranya berkelakuan tidak baik. Islam telah menjadikan peringkat memukul sebagai jalan terakhir seandainya kaedah yang dilakukan sebelumnya gagal memberi kesan dan mengubah sikap buruk isterinya. Malahan, Islam juga telah meletakkan banyak batasan dalam peringkat ini dan jika suami itu melanggarnya maka dia merupakan seorang pendosa yang telah melanggar syariat yang ditetapkan Allah, dan layak dihukum di dunia dan juga di akhirat. Batas-batas tersebut adalah seperti berikut:
1. Suami seharusnya cuba menyelesaikan masalah tersebut secara berperingkat:
Suami itu harus bermula dengan menasihati, jika tidak berhasil, bolehlah diteruskan dengan peringkat kedua, yakni dengan memisahkan tempat tidur dan jika itu tidak berhasil juga, maka dia boleh ke peringkat terakhir iaitu dengan memukul.
2. Memukul dengan menggunakan Siwak dan melakukannya dengan belas kasihan:
Siwak adalah sebesar pensil, seperti gambar di atas.
3. Suami tidak memukul muka atau bahagian yang sensitif pada isterinya:
Jika suami tersebut mendapati tidak ada cara lain lagi selain daripada memukul isterinya, maka dia haruslah berhati-hati agar tidak melanggar batasan yang telah ditetapkan Allah. Allah telah melarang memukul sesiapa pada bahagian mukanya dalam apa jua keadaan. Tambahan pula, adalah dilarang sama sekali untuk memukul bahagian yang sensitif dan sesiapa yang melakukan dikira berdosa. Apabila seorang suami dibenarkan untuk memukul isterinya dengan siwak bermaksud pukulan itu mestilah tidak bertujuan untuk menyebabkan kesakitan atau kecederaan, justeru sekalipun dengan siwak ianya tetap dilarang untuk memukul muka atau bahagian sensitif yang lain.
4. Dia tidak seharusnya memalukan atau menghina isterinya
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya: orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” (Al-Haithami)
Dan seperti yang telah diperkatakan, matlamat ketiga-tiga peringkat yang telah diterangkan sebelum ini adalah untuk memperbetulkan kelakuan isteri, dan bukan untuk memalukannya. Menghina seseorang tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah, sebaliknya ia akan memburukkan lagi keadaan  yang sedia ada.
5. Memukul isteri bukan di hadapan anak-anak atau orang lain dalam apa jua keadaan
Seorang suami tidak dibenarkan memukul atau memarahi isterinya di hadapan orang lain, terutamanya di hadapan anak-anak, kerana perkara ini hanya melibatkan pasangan terbabit sahaja dan bukannya orang lain. Jika ini berlaku di hadapan anak-anak, pertamanya ia akan memalukan isteri tersebut, keduanya ia akan  menganggu pendidikan anak-anak. Apakah teladan  yang dapat ditunjukkan seorang ayah kepada anak-anaknya, sekiranya dia memukul ibu mereka di hadapan mereka?
6. Tidak meninggalkan kesan pada tubuh badan isteri:
Suami tersebut dikira telah melakukan dosa sekiranya dia melanggar batasan yang telah ditetapkan Allah dan memukul isterinya sehingga meninggalkan kesan pada badan atau menyebabkan pendarahan atau menyebabkan patah tulang. Barangsiapa yang melakukannya sebegitu adalah seorang suami yang kejam dan ganas, di mana tujuannya bukanlah mahu memperbetulkan kelakuan isterinya tetapi hanya ingin membalas dendam dengan meninggalkan kesan pada tubuh isterinya. Suami seperti ini harus ditahan dan dihukum mengikut undang-undang.
















Chapter 6:
Isu Memukul Wanita Dalam Agama Lain

                Isu memukul wanita tidak terhad pada sesuatu masa atau tempat sahaja.  Ia tidak berkait dengan satu zaman ataupun sesuatu masyarakat yang tertentu, malah ia wujud dalam semua lapisan masyarakat dan juga terjadi pada setiap zaman tanpa sebarang pengecualian. Dan jika sesiapa yang mahu mengkaji kedudukan wanita pada zaman dahulu, terdapat banyak buku yang menceritakan kedudukan dan layanan terhadap wanita pada zaman purba Rom, Yunani, Cina, India dan pelbagai bangsa yang lain lagi.
               Bagaimanakah kaum Yahudi dan Nasrani menangani fenomena wanita dipukul yang sememangnya berleluasa dalam semua lapisan masyarakat terdahulu, malah dalam masyarakat Nabi Isa Alaihissalam sendiri? Pernahkah Nabi Isa Alaihissalam berkata tentang larangan memukul seorang wanita? Terdapatkah petikan ataupun teks dalam kitab Injil, sama ada dalam perjanjian baru atau lama, yang melarang pukulan dilakukan terhadap wanita atau menyatakan bahawa memukul seorang wanita merupakan sesuatu perbuatan yang keji dan terkutuk? Melalui kajian yang terperinci, tiada apa-apa sumber yang berkait dengan subjek ini dalam mana-mana perjanjian.
               Disebabkan hal itu, adakah seorang Yahudi atau Nasrani berdosa apabila dia memukul isterinya, menurut dasar agama mereka? Dan apakah hukuman yang patut dijalankan terhadap lelaki tersebut menurut kitab Injil ? Ternyata lelaki tersebut tidak berdosa kerana tiada suatu ayat pun dalam perjanjian baru mahupun yang lama mengatakan sesuatu seperti itu.
              Tambahan pula, sorang suami tidak akan dikecam ataupun dihukum menurut undang-undang negeri, melainkan jika terdapat sebarang kesan keganasan ke atas badan isterinya, seperti keretakan tulang, kesan lebam, ataupun luka. Tetapi jika tiada sebarang tanda pada badan seorang isteri yang dipukul, bagaimana isteri tersebut dapat membuktikan bahawa dia adalah mangsa keganasan suaminya?  Dalam kata lain, pukulan tanpa sebarang bukti fizikal tidak akan disabit kesalahannya sama ada dari sudut pandang agama ataupun undang-undang oleh kaum Yahudi dan juga Nasrani.
               Mari kita lihat juga bagaimana agama Buddha dan agama lain-lain di Timur Jauh mengendalikan masalah ini. Wujudkah sebarang rujukan dalam kitab suci mereka yang menghukum seseorang yang memukul wanita?
                Sudah tentu tidak ada petikan dalam kitab mana-mana agama yang menghalang perbuatan memukul seorang wanita kecuali dalam Agama Islam! Walaupun telah mengubah sudut pandang “ Memukul wanita adalah sesuatu perkara yang terlarang” kepada kategori “Bertentangan dengan ajaran Islam”, Islam merupakan satu-satunya agama yang jelas menyatakan perbuatan memukul seorang wanita adalah sesuatu perbuatan yang terkutuk! Tetapi agama-agama lain tidak merujuk perkara seperti ini sebagai suatu yang terlarang ataupun terkutuk.
                   Bukan itu sahaja, tiada mana-mana agama yang memberi had kepada seorang suami jika dia memukul isterinya kecuali dalam agama Islam. Dalam erti kata lain, jika seorang Yahudi, Nasrani ataupun seorang Budha hilang sabar dan juga kawalan ketika dia benar-benar marah dan memukul isterinya, apakah had atau batasan yang suami tersebut tidak boleh langgar? Adakah agama Yahudi, Nasrani ataupun Buddha telah menetapkan had-had tertentu untuk seorang suami yang hilang kawalan dan bertindak memukul isterinya, sehingga meninggalkan kesan pada badan isterinya, memukul bahagian wajah isterinya dan sebagainya? Sudah tentu tidak.
                   Siapa yang benar-benar memerhatikan realiti kehidupan hari ini akan mendapati peratus masyarakat Yahudi, Nasrani dan juga Buddha memukul isteri mereka adalah tinggi. Perhatikan pembaca sekalian, pada tuntutan mahkamah yang  tersimpan dalam balai polis dan juga mahkamah di Eropah dan Amerika, anda akan melihat ramai suami yang telah melakukan keganasan terhadap isteri dan juga anak-anak mereka.
                  Malah dalam masyarakat Arab sekalipun, sebelum datangnya agama Islam, kaum suami memukul isteri mereka dengan sebatan seperti hamba sahaya, dan perkara ini dianggap sangat biasa,  ia bukanlah suatu perkara yang dilarang ataupun yang menyalahi undang-undang. Tetapi setelah datangnya Nabi Muhammad s.a.w, baginda mengecam perbuatan tersebut supaya ianya tidak berlaku secara berleluasa. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Jangan memukul salah seorang kamu akan isteri kamu seperti memukul seorang hamba abdi kemudian menjimaknya (i.e. menyetubuhinya) pula pada akhir hari (i.e. malam hari).” (Bukhari)
                    Dalam hadis tersebut, Nabi Muhammad s.a.w mencela dan memberi teguran kepada kaum suami yang memukul isteri mereka pada siang hari dan berhajat untuk meniduri mereka pada malam hari! Dalam kata lain, bagaimana seorang suami itu boleh melayan isterinya dengan begitu kasar dan biadap pada siang hari dan kemudiannya mengharapkan kasih sayang isteri mereka dan menyuruh mereka menjadi peneman pada malam hari ?!!

Kata-Kata Dari Kitab Injil Berkaitan Status Wanita
                    Sesetengah golongan yang beragama  Nasrani sentiasa mendakwa bahawa Nabi Isa Alaihissalam merupakan pembela wanita yang pertama, bahawa baginda memberikan wanita hak-hak mereka tidak seperti agama lain dan mengatakan bahawa kitab Injil melayan wanita dengan adil dan saksama serta mengangkat darjat mereka! Namun adakah kata-kata itu selaras dengan realiti hari ini?
                      Kita semua tahu bahawa kitab Injil melarang wanita untuk memasuki tempat suci atau tempat perlindungan gereja, yang mengandungi altar suci, tidak kira sama ada wanita tersebut adalah seorang kanak-kanak kecil, remaja ataupun seorang wanita yang sudah dewasa. Larangan tersebut tidak ada kaitan dengan umur penganut tersebut, tetapi berkaitan dengan jantina penganut itu. Kitab Injil juga, sama ada perjanjian baru mahupun yang lama tidak mengatakan bahawa wanita boleh memasuki tempat suci mereka. Upacara mengangkat seorang menjadi pendeta juga tidak dibenarkan sekiranya dia merupakan seorang wanita. Penganut wanita juga tidak dibenarkan berkata-kata ataupun mengajar sesiapa di dalam gereja. Penganut wanita juga tidak dibenarkan menyandang sebarang jawatan pendetaan, tetapi mereka hanya dibenarkan menyandang jawatan diakon (pengawal gereja yang menyelenggarakan hal-hal duniawi), yang sebenarnya seperti seorang hamba, dan bukanlah sebagai seorang paderi.
Kitab injil menunjukkan kepada kita tentang hierarki gereja di mana semuanya hanya tertakluk kepada golongan lelaki sahaja seperti “Priesthood of the first Patriarchs”,  seperti Noah, Job, Abraham, Isaac dan Jacob, atau “the Aaronic Priesthood, the Priesthood of Melchizedek, the Priesthood of the Apostles” dan biskop yang meneruskan legasi mereka. Kesemua ini hanya terhad kepada golongan lelaki dan jikalau ada wanita yang mendapat tempat dalam hierarki gereja, itu hanyalah sesuatu yang berlaku kepada Virgin Mary. Tetapi menurut ajaran Nasrani, perempuan terhalang daripada itu semua.

Mari kita lihat beberapa petikan daripada kitab Injil untuk melihat status wanita:
1.    Isteri dihukum atas kesalahan suaminya

) Adapun nabi atau pendeta atau rakyat yang masih berbicara tentang beban Tuhan (perintah-Nya), akan Aku hukum orang itu serta keluarganya (isteri dan anak-anaknya) [Jeremiah 23:34]

1.    Hukum membakar penzina

(9) Apabila anak perempuan seorang pendeta menjatuhkan kehormatannya dengan menjadi pelacur, sesungguhnya dia telah menghina ayahnya (melanggar kesucian ayahnya), maka dia harus dibakar dengan api [Leviticus 21:9]

2.    Memotong tangan wanita tanpa sebab yang wajar

(11) Apabila dua orang lelaki berkelahi dan isteri salah seorang lelaki tersebut datang mendekati untuk menolong suaminya dari tangan lelaki yang cuba memukul suaminya, dengan menghulurkan tangannya lalu menangkap kemaluan lelaki tersebut
(12) Maka potonglah tangan wanita tersebut, janganlah kau merasa kasihan kepadanya [Deutronomy 25:11-12]

3.    Wanita yang diceraikan, janda dan penzina adalah sama

(10) Pendeta yang terbesar (antara pendeta-pendeta lain) yang telah disapu dengan minyak sapu di atas kepalanya dan telah disucikan dengan memakaikan segala pakaian suci, janganlah dia biarkan rambutnya terurai atau mengoyakkan pakaiannya
(13) Dia harus mengambil seorang anak dara untuk diperisterikan
(14) Seorang janda atau wanita yang telah diceraikan atau yang telah dicabul kehormatannya atau pelacur, janganlah diambil mereka ini sebagai isteri, tetapi ambillah seorang anak dara daripada kaumnya sendiri (sebagai isteri)
(15) Supaya janganlah dia menjatuhkan kehormatan (kesucian) keturunannya di antara kaumnya kerana Akulah Tuhan yang mensucikannya [Leviticus 21:10-13-14-15]

4.    Penyerahan sepenuhnya isteri kepada suaminya

(22) Wahai isteri, serahkan dirimu kepada suamimu seperti kepada Tuhan
(23) Kerana suami adalah ketua kepada isteri, begitu juga Isa yang merupakan ketua jemaah, dialah yang menyelamatkan tubuh.
(24) Sebagaimana jemaah tunduk kepada Isa, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala urusan [Ephesians 5:22-24]

6. Wanita harus berdiam diri di dalam gereja

(34) Wanita harus berdiam diri dalam semua pertemuan jemaah kerana mereka tidak dibenarkan berbicara, mereka diarahkan untuk menundukkan diri, demikianlah yang dikatakan hukum agama
(35) Jika mereka ingin mengetahui sesuatu, sebaiknya mereka menanyakan kepada suami di rumah kerana amat memalukan apabila perempuan berbicara di dalam gereja [1 Corinthians 14:34-35]

7. Wanita adalah penyebab godaan

(11) Seharusnya wanita belajar dalam keadaan diam dan patuh dalam setiap pertemuan jemaah
(12) Aku tidak mengizinkan wanita untuk mengajar dan tidak juga dibenarkan memerintah lelaki, hanyalah dibenarkan untuk berdiam diri sahaja
(13) Kerana Adam dijadikan dahulu kemudian barulah Hawa
(14) Lagipun bukanlah Adam yang terpedaya, melainkan wanita yang diperdaya dan melampau batas (melanggar hukum)
(15) Meskipun begitu, wanita akan diselamatkan dengan melahirkan anak, asalkan dia tekun beriman, mengamalkan kebajikan dan kesucian dalam kesederhanaan [1 Timothy 2:11-15]

8. Lelaki memerintah wanita

(1) Demikianlah wahai isteri-isteri, tunduklah kepada suamimu, supaya jika ada di antara mereka yang tidak taat kepada Tuhan, mereka juga tanpa perkataan dimenangkan oleh kelakuan isterinya
(2) Kerana meraka melihat kelakuanmu yang murni dan soleh
(3) Kecantikanmu janganlah hanya pada luaran sahaja, misalnya dengan menghiaskan rambut atau memakai perhiasan emas atau dengan mengenakan pakaian yang menonjol
(4) Sebaliknya haruslah kecantikan itu lahir dari batin, yang tidak binasa, lahir dari budi-pekerti yang lemah lembut dan tenang, yang sangat berharga menurut pandangan Tuhan
(5) Kerana demikianlah caranya perempuan-perempuan suci pada zaman dahulu yang percaya pada Tuhan mempercantikkan diri mereka, dengan mereka tunduk kepada suami mereka
(6) Seperti Sarah yang taat kepada Ibraham dan menggelarnya Tuhan, dan kamu adalah anak-anak Sarah, jika kamu berbuat baik dan tidak takut akan ancaman. [1 Peter 3:1-6]

(16) Tuhan berfirman kepada wanita, “Aku akan melipat gandakan kesedihan (kesakitan) sewaktu kamu mengandung dan sama juga ketika kau melahirkan anak, namun kau masih tetap berkeinginan terhadap suamimu dan berkuasa ke atas  kamu” [Genesis 3: 16]


9. Hukum merejam batu sampai mati kepada penzina

(13) Apabila seorang lelaki mengambil isteri dan setelah datang kepada perempuan itu, menjadi benci pula dia kepadanya
(14) Lalu menuduhkan wanita itu dan memburukkan namanya dengan berkata: “Perempuan ini aku ambil menjadi isteri, tetapi ketika aku menghampirinya, tidak aku dapati dia seorang dara
(15) Maka haruslah ibu bapa gadis tersebut membuktikan kedaraan anaknya dan ditunjukkan kepada kaum tua kota di pintu gerbang
(16) Dan ayah si gadis haruslah berkata kepada kaum tua, “Aku menyerahkan anakku kepada lelaki ini untuk diperisterikan tetapi dia membencinya,
(17) Lalu lelaki ini membuat tuduhan palsu dengan mengatakan anakku tidak ada dara, tetapi inilah bukti kedaraannya” dan haruslah mereka membentangkan kain (darah yang menunjukkan kedaraan) di depan kaum tua kota
(18) Maka haruslah kaum tua kota mengambil lelaki itu dan menghukumnya
(19) Dengan mendendanya seratus sikel perak dan diserahkan kepada bapa si gadis kerana lelaki tersebut telah memburukkan nama seorang anak dara Israel, gadis itu tetap menjadi isterinya dan tidak boleh diceraikan seumur hidupnya
(20) Tetapi jika tuduhan lelaki tersebut benar dan didapati tiada tanda dara pada si gadis
(21) Maka si gadis harus dibawa ke depan pintu rumah ayahnya dan warga kota hendaklah melemparinya dengan batu sehingga mati kerana wanita itu telah memalukan bangsa Israel sebab berzina ketika masih tinggal di rumah ayahnya, demikianlah kau harus hapuskan kejahatan di antara kamu
(22) Apabila didapati seorang lelaki berzina dengan wanita yang telah bersuami, maka kedua-duanya harus dihukum mati, demikianlah kamu membanteras kejahatan dalam kalangan kaum Israel
(23) Apabila seorang anak dara yang sudah bertunang, ditemui seorang lelaki di kota dan kedua-duanya berzina
(24) Maka haruslah kedua-duanya dibawa ke luar pintu gerbang kota dan dilempari dengan batu sehingga mati kerana gadis itu tidak menjerit meminta tolong padahal kejadian tersebut berlaku di kota yang mana jeritannya boleh didengari, manakala kerana lelaki itu telah memperkosa tunangan orang, demikianlah kamu menghalang kejahatan di antara kamu
[Deuteronomy 22:13-24]

10. Darjat wanita lebih rendah daripada lelaki

(3) Tetapi aku mahu kau tahu bahawa ketua kepada lelaki adalah Isa dan ketua perempuan adalah lelaki dan ketua Isa adalah Tuhan
(4) Setiap daripada lelaki yang berdoa atau berdakwah dengan menutup kepala, sesungguhnya dia telah menghina Isa
(5) Tetapi setiap wanita yang berdoa atau berdakwah dengan tidak menutup kepala, sesungguhnya dia telah menghina suaminya, seolah-olah seperti rambutnya telah dicukur
(6) Kerana jika perempuan tidak mahu menutup kepala, lebih baik rambutnya digunting, tetapi jika dirasanya satu penghinaan apabila rambutnya digunting atau dicukur, oleh sebab itu sebaiknya mereka menutup kepala
(7) Lelaki tidak perlu menutup kepalanya kerana ia mencerminkan peribadi dan kemuliaan Tuhan tetapi wanita mencerminkan kemuliaan lelaki
(8) Kerana lelaki tidak dijadikan daripada perempuan akan tetapi perempuan yang dijadikan daripada lelaki
(9) Bukan juga lelaki diciptakan untuk perempuan akan tetapi perempuan dijadikan untuk kepentingan lelaki
(10) Oleh sebab itu, perempuan harus memakai tanda kewibawaannya (penutup kepala) atas kepalanya kerana para malaikat (agar bersenang hati) [1 Corinthians 11: 3-10]

11. Berkenaan perempuan di dalam Didascalia Apostolorum

Didascalia Apostolorum, Bab 3 dengan tajuk ‘Wanita haruslah menuruti suaminya’

“Dan seorang wanita haruslah menuruti suaminya kerana ketua wanita adalah suaminya… Takutlah wahai wanita akan suamimu. Bersikap malulah di hadapannya dan berterima kasihlah kepadanya selain kepada Tuhan. Seperti yang Kami katakan, tawarkan kepadanya keselesaan dengan perkhidmatanmu agar suamimu mencakupimu. Jika kamu mahu menjadi orang yang beriman dan Tuhan menyenangimu, janganlah memakai perhiasan untuk menyenangi orang luar dan janganlah berharap untuk memakai ‘pakaian ringan’ yang hanya sesuai untuk berzina, agar kamu tidak diekori oleh golongan yang hanya mengejar wanita berupa begitu. Jika kamu tidak memakai ‘pakaian ringan’ kerana ingin berzina, akan tetapi kamu akan dikutuk kerana perhiasanmu kerana dengan cara ini, kamu memaksa sesiapapun untuk melihat dan mengikut kamu malahan ghairah terhadapmu. Mengapa kamu tidak konservatif (mempertahankan adat dan nilai)? Agar tidak jatuh ke dalam kancah dosa dan tidak meninggalkan seseorang dalam keraguan dan cemburu kerana kamu! Jika kamu melakukan dosa hanya kerana itu, kamu akan jatuh juga kerana kamu menjadi penyebab kehancuran jiwa manusia. Jika kamu mendorong seseorang kepada dosa, dia akan menyebabkan dosa kamu bertambah lebih banyak seperti yang tertulis dalam Kitab Suci Bible: {Dosa dan kehinaan berjalan bersama, kalau sudah tercela pasti dinista} [Proverb 18:3].

Sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut akan dihapuskan kerana dosanya dan akan mengikuti roh-roh yang jahil lagi sombong. Biarkan perempuan tahu apa yang Kitab Suci Bible katakan kepada wanita yang menyatakan kebohongan kepada suaminya: {Wanita yang jahat lebih dibenci daripada kematian yang terperangkap dalam kejahilan} {Seperti cacing yang memakan kayu, begitu jugalah caranya wanita jahat menghancurkan suaminya} {Adalah lebih baik tinggal di dalam bumbung daripada tinggal serumah dengan perempuan yang suka bertengkar} Wahai wanita Kristian, janganlah kamu menjadi seperti wanita tersebut, jika kamu ingin tergolong dalam golongan yang beriman. Jagalah suamimu agar senang hatinya. Kemudian apabila kamu berjalan di tempat umum, lindungilah kepalamu dengan pakaian, ini kerana jika kamu dilindungi dengan kehormatan, kamu akan selamat dari mata-mata yang menular bahaya. Jangan menghiasi mukamu yang telah Tuhan ciptakan tiada sebarang perhiasan padanya. Sedangkan Tuhan menciptakan sesuatu dengan indahnya dan tidak memerlukan perhiasan. Adakah lebih indah jika mengubah keanggunan ciptaan Sang Pencipta? Berjalanlah dengan mukamu menghadap bumi dan dilindungi sepenuhnya. Jauhilah mandi-mandi dengan lelaki kerana banyak perangkap menular dengan bahayanya. Wanita yang beriman tidak akan bermandi dengan lelaki. Dan apabila dia menutupi mukanya, dengan harapan dia menutupi mata-mata orang asing yang menakutkan…Jika kamu orang yang beriman, larikan dirimu daripada segala bentuk pandangan yang mempunyai rasa ingin tahu…{Tinggal di gurun yang gersang adalah lebih baik daripada tinggal dengan perempuan panjang lidah (suka mengadu)}”




Bab 7:
 Memukul Wanita Dalam Kalangan Masyarakat Kristian Barat
Ramai fanatik yang cuba memperhebatkan lagi  salah faham terhadap Islam, salah satunya berkaitan isu memukul isteri, dengan menggunakan “gunting ajaib” yang telah menjadi kebiasaan mereka, yakni mereka “memotong” ayat-ayat  suci Al-Quran dan kesemua kata-kata Rasulullah s.a.w sebelum perkataan “pukul” dan juga kesemua kata-kata selepasnya, serta hanya meninggalkan perkataan “pukul” itu sahaja. Secara dasarnya, mereka memotong ayat-ayat yang mempunyai maksud yang bertentangan dengan salah faham mereka, dan hanya meninggalkan mana-mana perkataan yang dirasakan menyokong konsep salah faham mereka itu, dan seterusnya menggunakan taktik kotor  ini bagi memperluaskan lagi salah tanggapan terhadap Islam. Hal ini membuatkan Islam itu tampak lebih  jauh daripada kebenaran yang jitu serta objektifnya dari kaca mata mereka. Dengan cara ini, mereka telah menzahirkan sesuatu perkara itu (ayat-ayat Al-Quran dan hadis) bukan dalam bentuk asalnya, tetapi telah mencacatkannya, bagi memperhebatkan lagi salah faham ini serta mengelirukan orang lain. Bahkan, mereka turut mendakwa bahawa mereka lebih bertamadun dalam melayani isteri mereka dengan cara yang terbaik, tetapi sebenarnya mereka tertipu dan mengabaikan beberapa perkara berikut:
1.    Kebanyakan yang lantang mendakwa bahawa mereka melayan isteri dengan cara yang terbaik sebenarnya sedang menonjolkan yang mereka ini sedang menipu dan berpura-pura.

2.    Islam adalah satu-satunya agama yang memperihalkan secara terperinci tentang kasih sayang dan rahmat yang wujud dalam hubungan di antara sesebuah pasangan, dan juga menghalang seseorang itu daripada menyakiti isterinya, samada secara percakapan atau perbuatan. Allah berfirman dalam satu ayat Quran :

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) –Nya ialah Dia menciptakan kamu pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (30 : 21)

3.    Sejak 1400 tahun yang lalu, Islam adalah satu-satunya agama yang mengeji sesiapa yang menghina dan memukul isterinya, atau memandang isterinya dengan perasaan yang angkuh, seolah-olah kedudukan isterinya lebih rendah berbanding dirinya (suami). Ini dikira sebagai suatu kecacatan pada lelaki tersebut jika ia melakukan perkara sedemikian.

4.    Islam menggalakkan tingkah laku yang beradab dan terbaik kepada isteri, memandangkan kesemua ayat-ayat Quran dan hadis berkenaan  hubungan antara dua pasangan, menggalakkan segala perbuatan yang terbaik antara mereka. Allah telah berfirman:

“Dan mereka (para perempuan) mempunyai hak seimbang dengan keajipannya menurut cara yang patut.” (2 : 228)

5.    Islam telah menetapkan ganjaran bagi setiap perbuatan atau tingkah laku baik terutamanya di antara sesebuah pasangan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Allah akan memberi ganjaran kepada kamu untuk apa-apa perbuatan yang kamu lakukan dengan niat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah sekalipun kamu hanya menyuapkan makanan ke dalam mulut isteri kamu.” (Al-Bukhari)

6.    Islam telah menjadikan memukul seorang wanita itu sebagai satu pengecualian, dan bukannya sebagai satu peraturan, hanya dalam beberapa keadaan yang tertentu, bagi menghalang suami menjadikan memukul ini sebagai satu jalan penyelesaian, kecuali untuk kes yang tertentu, di mana ianya merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang tinggal atau yang masih ada, untuk menghalang lebih kemudharatan. Hal ini demikian kerana, wanita adalah tidak sama dalam kesemua era, masyarakat dan juga keluarga. Apa yang boleh diguna pakai dalam sesebuah masyarakat itu kebarangkalian tidak boleh diaplikasikan kepada masyarakat yang lain. Sebaliknya, hal ini hanya memburukkan lagi sesuatu keadaan berbanding memperbetulkannya. dan perlakuan yang boleh diterima oleh seorang wanita mungkin tidak boleh diterima oleh wanita lain daripada masyarakat atau era yang berbeza, tidak kira betapa susahnya seseorang itu mencuba.

7.    Fenomena kezaliman domestik ini kian tidak terkawal terutamanya di kebanyakan  negara bertamadun  pada abad ini. Berapa ramai orang Barat yang menyerang isteri mereka di khalayak ramai di lapangan terbang, restoran, kelab malam dan juga di jalan-jalan yang menjadi tumpuan ramai? Ini bukannya rahsia, bahkan kamu dapat melihatnya terpampang di mana-mana media massa yang ada. Tambahan, berapa ramai wanita Barat di Amerika, Kanada, Eropah atau Australia yang pergi ke balai polis untuk menyaman suami mereka atas sebab kezaliman? Undang-undang pula tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya tiada bukti yang nyata, seperti keretakan, patah, lebam, kecederaan dan sebagainya. Dan bagi siapa yang melihat kepada statistik rasmi yang dikeluarkan oleh balai polis di Amerika, Eropah atau Australia, pasti akan mengakui kenyataan ini.

Merebaknya Isu Memukul Wanita Dalam Kalangan Masyarakat Barat.

Kami akan pamerkan bukti-bukti berikut bagi mengukuhkan kenyataan merebaknya fenomena kezaliman domestik ini di Barat:

1.    Kewujudan banyak pertubuhan kerajaan dan bukan-kerajaan yang bertujuan menentang fenomena kezaliman domestik  ke atas wanita dan kanak-kanak, di mana kebanyakannya gagal menyelesaikannya juga sehingga hari ini.

2.    Kewujudan pelbagai kempen media yang berulang serta berterusan bagi menggalakkan mereka membuat panggilan terus ke mana-mana organisasi yang berkenaan, sekiranya melihat sebarang fenomena kezaliman di kawasan kejiranan mereka


3.    Kami telah menanyakan soalan-soalan berikut kepada orang awam di Barat :

-    Adakah pernah terjadi kamu memukul isteri kamu, walaupun sekali?
-    Adakah kamu terlihat atau terdengar ayah kamu pernah memarahi ibu kamu?
-    Adakah kamu terdengar mana-mana saudara kamu yang pernah memukul isterinya?
-    Adakah kamu terdengar mana-mana jiran kamu yang pernah memukul isterinya?

Objektif soalan-soalan ini hanyalah bagi membuktikan kewujudan fenomena kezaliman domestik  oleh suami terhadap isterinya samada di Eropah, Amerika, Kanada, Australia dan sebagainya.
Konklusinya, secara jelas dapat dilihat yang Islam sangat menghormati golonagn wanita, menjaga kedudukan mereka daripada sebarang anasir yang mampu menggugat atau menghancurkan maruah mereka, dan begitu tegas terhadap sebarang tingkah laku yang salah ke atas mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ya Allah, Aku bersumpah untuk tidak mencabuli hak ke atas kedua golongan yang lemah tersebut; yakni yatim piatu dan wanita.” (An-Nasa’i)